Sung Hoon sertai MBN Level Up sebagai pengarah bersikap dingin di samping pereka ‘game’ Han Bo Reum & Baro B1A4

Sung Hoon, Han Bo Reum, Baro B1A4, Danny Ahn dan Kang Byul telah disahkan akan membintangi drama terbaru terbitan MBN / Dramax berjudul, ‘Level Up’ tentang penghidupan semula aplikasi permainan digital.

Sung Hoon akan melakonkan watak Ahn Dan Te, pengarah muda Yoo Seong CRC dipertanggungjawab untuk menghidupkan kembali syarikat permainan digital yang hampir bankrup. Ahn Dan Te ialah seorang yang tak berperasaan dan memiliki ekspresi dingin yang kadang-kadang menakutkan pekerja syarikat.

Baro B1A4 pula menjadi pereka ‘games’ bernama Kwak Han Cheol yang bertungkus-lumus menyiapkan projeknya untuk menyelamatkan sebuah syarikat daripada muflis sepenuhnya. Dia akan bergandingan dengan Han Bo Reum sebagai Shin Yeon Hwa yang menjadi pekerja syarikat dalam kumpulan yang sama dengan Ahn Dan Te. Shin Yeon Hwa yang merupakan pereka asal ‘game’ keluaran Joy Buster sebelum ini seringkali bergaduh dengan Ahn Dan Te kerana tak berjaya memuaskan hatinya bagi menerima permainan digital yang direkanya.

Danny Ahn, Kang Byul & Baro.

Manakala, Danny Ahn pula bakal memegang watak anak kepada pemilik Yoo Seong CRC bernama Park Gil Woo yang berjaya meyakinkan Ahn Dan Te untuk membantunya merombak struktur kepimpinan syarikat Joy Buster. Kang Byul pula sebagai bekas kekasih Ahn Dan Te yang pernah bekerja dengannya di dalam industri hiburan sebelum ini,

Jalan cerita drama ini mungkin sedikit sebanyak mengingatkan pada drama MBC Lucky Romance lakonan Ryu Jun Yeol dan Hwang Jung Eum. MBN New Work yang berdurasi 12 episod ini bakal diarahkan oleh Kim Sang Woo dan ditulis skripnya oleh Kim Dong Kyu. Ia akan ditayangkan pada 10 Julai 2019 ini.

Sumber: OSEN , yonhap news

loading...