Lee Dong Wook & Im Si Wan akan menyelongkar kejadian aneh di dalam drama ‘thriller’, OCN Strangers from Hell ?

Lee Dong Wook dan Im Si Wan dikatakan masih meneliti tawaran untuk berlakon di dalam drama terbaru terbitan OCN berjudul , “Strangers from Hell”.

OCN “Strangers from Hell” yang diadaptasikan daripada sebuah webtoon popular bertemakan thriller mengisahkan tentang kejadian aneh yang dihadapi oleh seorang lelaki selepas beliau berpindah ke Seoul dari kampungnya. Pemenang Best Supporting Actor 6th CARI Kdrama Awards ini akan memegang watak sebagai seorang penyiasat, mungkin detektif pengintip yang ditugaskan ke stesen No. 203 dipenuhi oleh kumpulan Gosiwon yang terkenal sikap aneh mereka tetapi berbahaya. Beliau berjaya menyelinap sarang kumpulan tersebut dengan harapan dapat mengintip rahsia di sebalik aktiviti dilakukan kumpulan itu yang menyebabkan mereka memenangi hadiah di dalam satu majlis di mana latar belakang mereka tak dapat dikenalpastikan sebelum ini.

Manakala, watak ditawarkan kepada Im Si Wan pula ialah Yoon Jong Woo yang mengalami kejadian aneh disebabkan pertemuannya dengan kumpulan Gosiwon tersebut apabila menghuni di satu apartment yang sama. Beliau berkongsi dapur sama dengan jiran-jirannya itu dan terpaksa menerima kelakuan pelik mereka demi sewaan bilik apartment yang lebih murah berbanding di tempat lain.

OCN “Strangers from Hell” bakal diarahkan oleh Lee Chang Hee, pengarah filem ‘The Vanished’ yang baru berjinak-jinak di dalam arena layar emas.

Sumber: newsis , IS Plus , chosun ilbo

loading...