Seo Hyun Jin & Ra Mi Ran akan bergandingan bahu sebagai cikgu sekolah di dalam tvN Black Dog ?

Seo Hyun Jin tampaknya akan terus-menerus memeriahkan industri drama korea tapi kali ini dengan perwatakan yang berbeza daripada beberapa drama lakonannya sebelum ini. Pelakon yang tercalon dua kali Best Actress CARI Kdrama Awards dan pemenang Popular Actress ini akan bergandingan bahu dengan pemenang Best Supporting Actress 5th CARI Kdrama Awards, Ra Miran sebagai cikgu sekolah untuk drama terbaru terbitan cenel tvN berjudul ‘Black Dog’.

tvN ‘Black Dog’ berkisarkan tentang kehidupan di sekolah menengah yang berubah selepas kemunculan cikgu ganti sambilan baru, diberikan gelaran sebagai ‘Black Dog’ yang mana kedatangannya adalah untuk berkhidmat kepada semua orang, bukan sekadar mengajar ilmu pendidikan seperti biasa dipertontonkan di dalam kerangka persekolahan selama ini.

Seo Hyun Jin akan memegang watak ‘Black Dog’ tersebut yang belum diberikan nama lagi, ditempatkan ke sekolah swasta dan dia belum cukup tersedia untuk menghadapi kerenah pelajar di. Seo Hyun Jin akan menyelongkar setiap kelebihan dimiliki pelajar sekolahnya sebagai langkah untuk mereka berjaya di alam pekerjaan pada masa akan datang. Mungkinkah Seo Hyun Jin akan menggayakan lakonan watak ala-ala Gokusen, siri drama Jepun yang popular suatu masa dulu atau Dragon Zakura yang mana dia akan berbuat apa saja supaya pelajarnya berjaya di dalam peperiksaan? Apapun, jika Seo Hyun Jin menerimanya, ia suatu langkah berbeza diambil oleh beliau selepas melakonkan watak-watak komedi romantik yang sememangnya menjadi ‘forte’-nya selama ini.

Ra Mi Ran pula akan memainkan watak sebagai cikgu sekolah yang percaya bahawa apabila berhadapan dengan pelajar, jangan sesekali cuba bermain-main dengan mereka. Selain cikgu sekolah, beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah kaunseling untuk kerjaya.

tvN ‘Black Dog’ akan diarahkan oleh Han Dong Hwa (“OCN Squad 38” , “OCN Bad Guys: The Vile City”) dan penulis skrip baru, Park Joo Yeon yang pernah menukilkan drama satu episod – The Woman Who Makes the Last Meal, disiarkan pada awal Februari 2018. Drama ini dirancangkan penyiarannya pada pertengahan tahun ini.

Sumber: IS Plus , newsen

loading...