Kehilangan payu dara yang merupakan satu aset yang sangat berharga buat kaum hawa semestinya sukar untuk diterima oleh mereka, lagi-lagi untuk menyakinkan mereka mencari pasangan yang boleh menerima keadaan mereka. Jika anda pernah menonton drama SBS Jealousy Incarnate, pasti anda masih ingat bagaimana penghidap barah payu dara mengambil masa lama untuk melakukan pembedahan membuang payu dara bagi mengelakkan barah daripada merebak kerana memikirkan stigma masyarakat terhadap mereka.
Dalam rancangan ‘Video Star’ cenel MBC semalam, Suran (Shin Suran) membuat kejutan dengan mengakui bahawa dia pernah menghidapi barah payu dara pada suatu masa dulu.
“Sebenarnya saya pernah hidapi kanser payu dara pada empat tahun lalu. Pembedahan itu buang payu dara yang sebelah, jadi saya alami kecacatan sekarang ” akui Suran.
Ditanya samada ia benar-benar membuatkan dia berasa malu, Suran berkata, “Secara peribadi, saya sudah hilang kewanitaan, personaliti saya berubah banyak, seperti seseorang yang mempunyai personaliti berbeza di dalam program TV. Walaupun saya tak kena remisi lagi, saya tetap selalu buat pemeriksaan.” Selain Suran, rancangan tersebut turut menampilkan Shin Hyo Bum, So Chan Hui dan Yoon Eun bersama dalam satu temubual.
Sebelum ini, Suran yang dilihat keluar bersama-sama dengan Suga BTS. Ia mungkin dilakukan sebagai inisiatif untuk menyakinkan dirinya di hadapan lelaki setelah membuat pembedahan membuang payu dara. Walaupun niatnya bukan untuk bercinta, ia telah menimbulkan kecaman daripada peminat kumpulan idol tersebut Suran terus membuat permohonan maaf di laman sosialnya dan menegaskan bahawa mereka hanya sekadar bekerjasama tanpa ada apa-apa perasaan cinta. Tambahan lagi, Suga BTS juga telah membantunya menghasilkan single “Wine” duet bersama Changmo, pada tahun lepas sehingga meraih beberapa anugerah untuk kategori R&B Soul.
Untuk pengetahuan anda, Suran juga pernah menyumbang runut OST untuk drama SBS Jealousy Incarnate menerusi lagu ‘Step Step’, menyedari tema drama itu secara kebetulan berkenaan dengan stigma terhadap penghidap kanser payu dara. Hasilnya, lagu OST itu menerima pencalonan Song of The Year dalam 5th CARI Kdrama Awards.
Sumber: sport chosun