Cinta tak mengenal usia : Park Hyuk Kwon dan Jo Soo Hyang sedang dilamun cinta

Park Hyuk Kwan (48) dan Jo Soo Hyang (28) sedang dilamun cinta. Percintaan mereka dikatakan terus terjalin sewaktu mereka sedang bersembang dalam suatu perjumpaan yang tak disengajakan.

“Kedua-duanya memang bukan jenis privasi kerana mereka agak terbuka dan telah menarik perhatian orang di sekeliling ,” kata saksi yakni merupakan pekerja di bahagian hiburan.

Sebelum ini, Park Hyuk Kwon pernah berkongsi hal peribadinya dengan wartawan Asiae bahawa dia mahu segera mendirikan perkahwinan kerana memikirkan umurnya sudah hampir mencecah 50-an. “Saya mahu kahwin cepat sebab sudah terlambat ,” katanya.

Lebih menarik lagi, kedua-duanya dipisahkan dengan dua puluh tahun usia. Park Hyuk Kwan dikenali dengan drama jtbc Something In The Rain dan SBS Where The Stars Land pada tahun lepas , dan juga sebagai suami kepada Kim Hee Ae di dalam jtbc Secret Love Affair, manakala Jo SooHyang pula dengan drama MBC Weightlifting Kim Bok Joo. Kedua-duanya pernah dipertemukan di dalam drama jtbc Something In The Rain sebelum ini dan tak dapat dipastikan samada pertemuan itu membawa kepada perkenalan seterusnya.

Sumber: IS Plus , channel korea

loading...