“Ada ke pasar malam untuk cuba satay…” – Ong Seong Wu takkan lupakan kenangan di Malaysia

Kali pertama Ong Seung Woo ke Malaysia adalah menerusi Wanna One dan beliau menyertai program realiti tv “Law of Jungle” di Sabah kemudiannya. Perjalanan beliau ke Malaysia tak terhenti di situ saja.

Ong Seong Wu akan kembali bertemu peminat Malaysia melalui majlis Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia <Eternity>. Acara ini telah berlangsung di Bangkok minggu lepas dan telah dihadiri oleh 5000 peminat. Penganjur yang mempunyai beribu pejabat di Bangkok, Hatchery yakin Seong Wu akan terus menghiburkan peminat di Malaysia dengan kebolehannya sebagai penari dan penyanyi.

   Ong Seong Wu akan memulakan persembahan dengan tarian Bruno Mars  ( oh maaf spoiler di situ) dan diteruskan dengan segmen bual bicara bersama peminat. Majlis esok pasti menjadi memori paling indah untuk para peminat. Acara kemuncak esok pastinya adalah acara “high five” untuk kesemua tetamu yang hadir. Malahan peminat yang bertuah juga akan berpeluang untuk bergambar dengan Ong Seong Wu.

   Kami berpeluang menghadiri sidang akhbar Ong Seong Wu. Acara bermula sedikit lewat dan dimulakan dengan temubual  ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hatchery , Tassaporn Sukhapanth.  Mereka memilih Ong Seong Wu sebagai artis pertama untuk acara majlis perjumpaan peminat yang diuruskan mereka kerana dia seorang yang berbakat besar. Mereka akan meneruskan perjumpaan peminat di Singapura selepas Malaysia.

Sejurus Ong Seong Wu (OSW) melangkah masuk ke dewan , kesemua kamera tidak berhenti menangkap gambarnya yang segak bersut putih. Berikut adalah sessi soal jawab yang berlangsung di sidang akbar:

MC: Bagaimana dengan majlis perjumpaan peminat esok ? Adakah terdapat sebarang kejutan ?

OSW :  Saya telah sediakan hadiah untuk semua peminat saya. Jadi semua peminat saya harus datang esok untuk tahu apa hadiahnya!

MC: Tema majilis perjumpaan ini adalah “Eternity ” Kenapa anda memilih Eternity ?

OSW : Ini adalah siri majlis pertemuan peminat pertama yang di buat di luar negara dan aktiviti solo saya. Saya berharap saya dapat bertahan lama sebagai penghibur yang disayangi oleh peminat selamanya

MC: Apakah perasaan anda selepas perjumpaan peminat di Bangkok minggu lepas ?

OSW : Sambutan peminat sungguh menggalakkan, sehingga naik meremang bulu roma saya dengan sorakan peminat.Pengurus saya juga turut gembira dengan jeritan peminat yang menggalakkan. Sorakan peminat  menjadi motivasi saya untuk terus bertenaga di majlis ini.

MC: Anda pernah datang ke Malaysia sebelum ini. Namun ini adalah majlis pertemuan solo awak sendiri. Apakah perasaan anda ?

OSW : Saya sangat gembira  dan tidak sabar berjumpa peminat Malaysia.Namun saya juga gementar dan risau jika saya tidak memenuhi jangkaan peminat. Saya akan cuba yang terbaik untuk peminat!

MC : Bilakah kali terakhir anda di Malaysia ? adakah di Sabah ?

OSW : Selepas Sabah untuk rakaman Law Of The Jungle, saya  telah ke Malaysia untuk “World Tour”  ( bersama Wanna One)

MC: Ada mana-mana lagi tempat anda ingin pergi di Malaysia ?

OSW : Saya ada pergi ke pasar malam dan telah pun mencuba satay , saya ingin pergi ke mana-mana sahaja untuk cuba kesemuanya. Saya dapat merasakan budaya Malaysia melalui makanan.

MC: Saya dengar anda suka menangkap gambar. Apakah foto kegemaran anda ?

OSW : Saya gemar menangkap gambar manusia dengan latar belakang yang indah.

MC : Boleh beritahu kami rancangan anda di masa hadapan ?

Saya akan kembali ke Malaysia dengan imej yang lebih mantap di masa hadapan. Saya tidak akan lupakan peminat saya di sini.

Sidang akhbar tamat dengan Ong Seong Wu memberikan ‘pose’nya yang terbaik. Anda boleh berjumpa Ong Seong Wu di Axiata Arena esok, 23 Mac 2019. Tiket boleh dibeli secara online di https://airasiaredtix.com/eternity

Acara ini dianjurkan oleh Hatchery Co. Ltd.

 

 

 

loading...