Dicop sebagai dalang kematian Jang Ja Yeon, Lee Mi Sook memberi jaminan akan disoalsiasat

Kedua-dua aktress Lee Mi Sook dan Song Sun Mi sebelum ini telah dituduh membiarkan mendiang Jang Ja Yeon terpaksa melayani kemahuan seks lebih 30 orang lelaki. Portal Dispatch turut mengulas Lee Mi Sook pernah berdusta semasa disoal-siasat berhubung tindakan saman dibuat oleh bekas CEO-nya samada beliau menyedari bahawa Jang Ja Yeon telah dipergunakan CEO Content Manangement, Kim Jong Seong untuk memuaskan keinginan seks kenalannya serta diperlakukan seperti binatang oleh bekas pengurus Jang Ja Yeon, Kim Sung Hoon.

Berikut adalah kenyataan dikeluarkan oleh Lee Mi Sook sebentar tadi:

Hi, ini Lee Mi Sook.

Pertama kali, saya meminta maaf kerana menyebabkan ramai gusar dengan berita tersebut.Saya sebenarnya terpaksa berhati-hati untuk mengulas tentang penglibatan saya dengan mendiang Jang Ja Yeon.

Tujuan saya berhati-hati kerana saya takut sebarang komen dibuat akan dipergunakan sebagai bahan gosip dan akhirnya gagal untuk mendedahkan kebenaran di sebaliknya.

Saya merasakan kematian Jang Ja Yeon sesuatu yang menyedihkan. Saya sudi untuk disoalsiasat polis jika perlu untuk membongkar lebih lanjut mengenainya. Saya percaya penyiasatan ini dapat diterima oleh warga netizen dan mengembalikan reputasi mendiang.

Saya akan buat terbaik… Terima kasih.

Lee Mi Sook, merupakan pelakon veteran yang telah sekian lama membintangi drama korea. Beliau pernah mendapat pencalonan Popular Ahjumma CARI Kdrama Awards beberapa kali sebelum ini menerusi drama popular seperti SBS Jealousy Incarnate dan MBC Money Flower.

Sumber: imbc

loading...