4 jejaka kacak ini dijangka akan membintangi drama sageuk jtbc terbaru, Flower Crew

Kedua-dua Seo Ji Hoon dan Kim Min Jae sudah pun bersetuju untuk membintangi drama sageuk terbitan jtbc ini yang diberi tajuk sebagai ‘Flower Crew: Joseon Matchmaking Maneuver Agency’ manakala Park Ji Hoon (bekas ahli Wanna One) dan Byeon Woo Seok masih mempertimbangkan tawaran lakonan diberikan secara positif.

jtbc ‘Flower Crew: Joseon Matchmaking Maneuver Agency’ diadaptasikan daripada novel yang dikarang oleh Kim Il Rang pada tahun 2014 dengan tajuk yang sama. Secara ringkasnya, jalan ceritanya mungkin saduran silam kepada filem ‘Cyrano Agency’ lakonan Lee Min Jung dan Park Shin Hee, berkisarkan tentang agensi cari jodoh yang ditubuhkan tiga orang jejaka bagi memenuhi impian pelanggan mereka yang mahu mencari jodoh pilihan berdasarkan kriteria tersendiri.

Lee Soo (bakal dilakonkan oleh Seo Ji Hoon) bekerja sebagai seorang tukang besi di pekan sebelum tidak semena-mena bergelar raja Joseon pada usia 23 tahun. Disebabkan baginda dinaikkan sebagai raja, maka baginda mesti menjadikan bakal isterinya dari kalangan golongan bangsawan. Tapi, baginda mempunyai seorang kekasih hati yang dicintainya sebelum bergelar raja iaitu Gae-Ddong. Oleh itu, Lee Soo mempergunakan agensi cari jodoh, ‘Flower Crew Matchmaking Agency’ yang dipelopori oleh tiga orang jejaka kacak : Ma Hoon, Do Joon dan Ko Young Soo bagi menaikkan status ‘Gae-Ddong’ sebagai bangsawan dan diterima oleh rakyat umumnya sebagai seseorang yang memiliki keperibadian yang baik dan merendah diri. Kim Min Jae ditawarkan watak Ma Hoon manakala Park Ji Hoon dan Byeon Woo Seok akan memegang antara baki watak seterusnya.

Ini merupakan drama pertama Seo Ji Hoon sebagai pelakon utama selepas bergandingan bersama dengan Moon Chae Won dan Yoon Hyu Min di dalam tvN Tale of Fairy dan drama pertama Kim Min Jae selepas MBC Great Seducer. Jika Park Ji Hoon menerimanya, maka ia merupakan drama pertama lakonan penyanyi tersebut.

jtbc ‘Flower Crew: Joseon Matchmaking Maneuver Agency’ yang belum mendapat sutradaranya lagi ini dirancang untuk ditayangkan pada bulan September tahun 2019.

Sumber: newsen , sport chosun , stoo asiae

loading...