Edisi LGBT mula meresap ke dalam jiwa peminat kpop : Holland olah cinta sejenis dalam single terbaru

Holland, atau nama sebenarnya, Go Tae Sub merupakan artis Kpop pertama yang membuat pengakuan terbuka mengenai orientasi seksnya, yakni seorang gay sebelum menceburi bidang nyanyian. Walaupun dikecam pada awalnya kerana berani membuat pengakuan tersebut, Holland tetap meneruskan bidang nyanyiannya dengan mengeluarkan single debut ‘Neverland’ pada awal Januari 2018 lepas.

Tanpa berlengah lagi, Holland akan mengeluarkan album mini pertamanya dengan menjadikan runut ‘Nar_C’ sebagai single pertama. Album itu dijadualkan pelancarannya pada 31 Mac 2019. Seperti dimaklumkan menerusi ciapan di twitter nya, Holland akan menonjolkan cinta sesama lelaki berhubungan selama dua tahun menerusi ‘Nar_C’.

Umum diketahui, seperti juga Malaysia, homoseksual tidak diterima masyarakat Korea untuk diserapkan ke dalam kebudayaan mereka kerana bertentangan norma-norma hidup serta larangan agama. Ianya agak mustahil untuk melihat segelintir artis Korea yang berani mengaku bahawa mereka bukan ‘lurus’ (‘straight’) kerana dikhuatiri akan berhadapan dengan kecaman masyarakat dan akan diboikot sepanjang hayat. Tapi, lain pula berlaku ke atas artis Kpop yang sudah membuat pengakuan terlebih dahulu sebelum bergiat aktif kerana ianya mungkin berkait dengan isu kepercayaan peminat terhadap diri mereka. Laluan Holland ke dalam dunia kpop sebegitu lancar tanpa kekangan secara terbuka daripada karyawan industri mahupun peminat kpop.

Sumber: Instagram Holland

loading...