Pereka ‘games’ , Baro B1A4 bergandingan dengan Han Bo Reum untuk MBN ‘New Work’ ?

Baro B1A4 sedang menimbangkan drama seterusnya, susulan daripada MBC Less Than Evil yang dibintanginya dua bulan lalu.

Baro B1A4 akan menjadi pereka ‘games’ bernama Seung Hun Hwang yang bertungkus-lumus menyiapkan projeknya untuk menyelamatkan sebuah syarikat daripada muflis sepenuhnya. Dia akan bergandingan dengan Han Bo Reum sebagai Yoonhwa yang menjadi pekerja syarikat dalam kumpulan yang sama dengan Seung Hun Hwang bagi mencipta ‘games’ seterusnya menghidupkan balik kewangan syarikat. Jalan cerita drama ini sedikit sebanyak mengingatkan pada drama MBC Lucky Romance lakonan Ryu Jun Yeol dan Hwang Jung Eum.

MBN New Work yang berdurasi 12 episod ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019 ini.

Sumber: hankookilbo , news1

loading...