Walaupun tidak lagi bergerak dalam kumpulan SISTAR, nama Hyolyn sebagai seorang penyanyi, penulis lirik dan produser tetap dinantikan di pentas kpop oleh peminat-peminatnya. Ahli kumpulan SISTAR setuju untuk bergerak secara solo untuk meneruskan minat masing-masing dalam industri seni ini pada tahun 2017.
Untuk Hyolyn, beliau sangat aktif dalam menjadi duta atau model untuk pakaian dan kasut sukan berjenama PUMA. Hyolyn dan PUMA menggunakan #CaliTravelog untuk kempen Asia Tenggara bakal datang ke Malaysia pada 27 April 2019 untuk bertemu empat mata dan beramah mesra dengan peminat-peminat Hyolyn dan juga PUMA di samping dapat bersama-sama berparti yang bakal diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur. Projek ini merupakan kemunculan pertama Hyolyn di Malaysia selepas bergerak secara solo.
Parti ini bertemakan ‘boho-chic’ dan ruang yang berwarna-warni sesuai untuk peminat-peminat Hyolyn dan PUMA untuk berkumpul bersama-sama. Prop seperti caravan dan kerusi pantai juga dihiaskan untuk membuatkan para peminat merasai perasaan #CaliTravelog. Sudah tentu peminat juga boleh berswafoto dan mengambil gambar di kawasan tersebut.
Pengacara berbakat dan kelakar untuk projek ini adalah Jenn Chia. Pelbagai makanan ringan dan snek bakal disediakan di samping permainan yang menarik untuk para peminat mencubanya. Dan sudah pasti, kehadiaran Hyolyn untuk menyanyikan beberapa buah lagu bakal dinantikan oleh peminat-peminatnya.
Untuk sertai kemeriahan ini, para peminat boleh menyertai pertandingan yang bakal disediakan oleh PUMA seperti PUMA Cali Mirror Contest dan PUMA Cali Dream Trip Contest.
Untuk maklumat terkini, para peminat bolehlah mengikuti kempen PUMA #CaliTravelog di @PUMA.Cali.
Boleh layari laman berikut untuk membeli : https://global.puma.com/en-my/collections/womens/
Selamat datang ke Malaysia Hyolyn, jumpa anda semua di sana!