Aura dimiliki Ong Seung Woo bikin tiket FanMeetingnya di Kuala Lumpur laku keras

Tinggal beberapa minggu lagi sebelum Ong Seung Woo 1st Fanmeeting di Kuala Lumpur akan diadakan. Sudahkah anda mendapatkan tiket? Khabarnya tiket ke acara Ong Seong Wu bertemu peminat mendapat sambutan hangat kerana mereka  teruja untuk bersua dengannya secara langsung

Kuala Lumpur 4 Mac – Penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan, Ong Seong Wu yang popular bersama kumpulan Wanna One telah bersedia untuk bertemu peminatnya di Malaysia secara solo.

Kehadiran Ong Seong Wu kali ini adalah sebagai artis solo dan pertemuannya yang bakal berlangsung dengan para peminat tempatan itu dibawa khas oleh Hatchery.

Untuk acara Ong Seong Wu Fan Meeting in Malaysia <Eternity> yang pertama kali dianjurkan itu bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur, pukul 6 petang, 23 Mac (Sabtu) ini.

Siapa sangka artis berusia 23 tahun itu mempunyai aura dan karisma tersendiri dalam kalangan peminat di Malaysia kerana selepas seminggu tiket dijual di https://airasiaredtix.com/, sambutan yang diberi amat menggalakkan dan tiket di bahagian Apple Zone yang berharga RM580 habis dijual.

Sementara itu, tiket-tiket di Lychee Zone (RM480), Mango Zone (RM380) dan Orange Zone (RM280) masih boleh dibeli dan permintaan untuk jualan tiket di zon berkenaan turut mendapat sambutan hangat.

Pada acara itu nanti, Ong Seong Wu bukan sekadar menghiburkan peminat dengan nyanyian, sebaliknya pemuda tampan itu juga akan berinteraksi dengan penonton yang hadir secara terbuka.

Menariknya bagi semua pemegang tiket bertuah, selain menonton persembahan Ong Seong Wu, anda juga bakal menerima kejutan daripada penganjur.

Antara hadiah menarik yang bakal diberikan kepada pemegang tiket bertuah menerusi segmen istimewa (Privilage) adalah sekeping poster rasmi Ong Seong Wu dan turut berpeluang naik ke pentas untuk ‘high five’ bersamanya.

Acara perjumpaan bersama peminat itu juga akan memilih 350 pemegang tiket Apple Zone (RM580), 160 dari Lychee Zone (RM480) dan 50 penonton dari Mango Zone (RM380) secara rawak untuk bergambar kenang-kenangan bersama Ong Seong Wu secara berkumpulan.

Hadiah atau kejutan menarik lain yang bakal menanti penonton bertuah adalah menerima poster rasmi Ong Seong Wu yang telah ditandatanganinya. Untuk hadiah tersebut seramai 60 penonton Apple Zone (RM580), 30 peminat Lychee Zone (RM480) dan 10 dari Mango Zone (RM380) akan dipilih secara rawak sebagai penerima poster yang lengkap dengan tanda tangan Ong Seong Wu.

Pihak penganjur juga akan menyediakan kiosk berhampiran pintu masuk utama untuk peminat membuat tukaran bagi mendapatkan cenderamata kad tiket plastik.

https://www.instagram.com/p/Bt7aMRShg8k/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=104l8q3jal9o9

Maklumat lanjut mengenai acara Ong Seong Wu Fan Meeting in Malaysia <Eternity> adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 Mac 2019 (Sabtu)
Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Masa: 6 Petang
Harga Tiket: RM580, RM480, RM380 dan RM280
Website Jualan Tiket: airasiaredtix.com
Harga tiket dikenakan yuran RM4 termasuk kad kredit

Ong Seong Wu mula dikenali di pentas seni hiburan selepas dia menyertai program realiti ‘Produce 101’ pada 2017. Seramai 11 peserta program tersebut termasuk Ong Seong Wu disatukan di bawah projek Wanna One sebelum kumpulan tersebut dibubarkan baru-baru ini.

Acara perjumpaan bersama peminat secara solo bakal menjadi platform kepada Ong Seong Wu untuk mencipta nama dalam bidang seni. Sebelum datang ke Malaysia, pelakon ini terlebih dahulu mengadakan acara jelajah Asia bersama peminatnya di Bangkok. Selepas Malaysia, Ong Seong Wu akan bertemu dengan peminat di Singapura pula.

Untuk mengetahui perkembangan terkini jelajah Ong Seong Wu di Asia boleh ikutinya di Facebook @hatcheryth, Instagram dan Twitter @hatchery_th

loading...