“I Can See Your Voice” (ICSYV) mula bersiaran di saluran Mnet sejak tahun 2015 dan semakin mendapat tempat di hati para peminat program hiburan Korea dan pernah disiarkan di saluran tv Malaysia seperti tv9 serta NTV7. Ini menyaksikan rancangan tersebut begitu digemari oleh ramai penonton yang terhibur dengan persembahan artis jemputan yang terpaksa membuat pilihan dan variasi para peserta samada benar-benar berbakat ataupun seorang pekak nada (tone deaf). Bahkan,dengan konsep dan format rancangan asal, “I Can See Your Voice” juga telah diadaptasi ke versi Bahasa Malaysia pada tahun lepas.
Kepada para peminat setia “I Can See Your Voice” jangan gusar kerana rancangan tersebut kembali untuk musim yang ke-6. Masih mengekalkan Kim Jong Kook, Lee Teuk dan Yoo Se Yoon sebagai pengacara dan undangan tetamu jemputan untuk setiap episode, mereka perlu menilai penyanyi misteri yang ditampilkan samada penyanyi tersebut vokalis mahir atau pekak nada hanya bersandarkan kepada penampilan mereka(peserta). Musim terbaru ini turut melalui beberapa perubahan dari segi peraturan rancangan antaranya penambahan kamera 360 darjah, lipync oleh kedua-dua vokalis mahir dan pekak nada yang pastinya akan menampilkan kelainan yang tidak dijangka daripada musim-musim lepas kepada para penontonnya.
Antara tetamu jemputan yang telah disahkan kehadiran mereka bagi musim ini termasuk bekas peserta ICSYV musim ke-2; Hwang Chi-yeol, bekas peserta ICSYV Musim ke-3 merangkap kekasih Lee Kwang Soo; Lee Sun-bin, K.Will, Soyou dan lain-lain.
Episod 1 akan menghimpunkan seratus bekas peserta ICSYV untuk persembahan lagu pembukaan, yang mana ianya juga menjadi pengimbau saat-saat mereka di atas pentas rancangan tersebut. menjadikan setiap orang mengenang masa mereka di pameran. Di antara semua bekas-bekas peserta, hanya Lee Sun-bin dan Hwang Chi-yeol kembali ke gelanggang rancangan tersebut namun kali ini sebagai panel juri. Menurut Lee Sun Bin, menjadi sebagai panel juri lebih gementar daripada menjadi peserta.
Mampukah Lee Sun Bin dan Hwang Chi-yeol mengaplikasikan pengalaman mereka untuk mengenalpasti penyanyi misteri samada mereka adalah vokalis mahir atau si pekak nada yang berselindung disebalik penampilannya? Sama-sama kita saksikan.
ICSYV musim ke-6 telah mula bersiaran di Korea pada 18 Januari lepad dan akan mula bersiaran di TVN Asia pada 30 Januari ini (Rabu) pada jam 11 Malam. tvN juga boleh dinikmati di Hong Kong, Singapura, Taiwan, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Sri Lanka. Rancangan ini juga turut disertakan dengan sari kata Bahasa Inggeris, Cina, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Thai (mengikut negara yang ditayangkan).
Jadi jangan lupa untuk nikmati hiburan terbaik ini pada setiap Rabu, jam 11 malam di Astro tvN Asia, Cenel 395.