“Tempo” letak EXO ke tahap tertinggi setelah kuasai carta muzik Korea

EXO yang bernaung di bawah syarikat hiburan gergasi di Korea Selatan, SM Entertainment kembali membuat kemunculan semula pada 2 November 2018 dengan album ke 5 mereka berjudul ‘Don’t Mess Up My Tempo’.

Kulit album album terbaru EXO.

Album tersebut datang dalam 3 versi iaitu Allegro, Moderato dan Andante. Apa yang membuatkan peminat kumpulan tersebut lagi tidak sabar adalah kerana ianya turut disertai oleh Lay, satu-satunya ahli kumpulan mereka yang berasal dari tanah besar China. Album kali ini dilengkapi dengan 11 buah lagi dengan lagu utama mereka iaitu Tempo.

Lagu Tempo dikeluarkan serentak dalam bahasa korea dan cina pada hari yang sama. Konsep yang dibawakan pada kali ini sungguh unik dan lain daripada yang lain kerana menggunakan elemen hip hop disusuli dengan gerombolan penunggang motosikal berkuasa tinggi.Lagu Tempo berjaya menduduki carta nombor 1 Melon dan Bugs serta beberapa carta muzik yang lain setelah dilancarkan pertama kali kelmarin.

Ternyata Exo sememangnya Raja yang bertakhta di hati peminatnya, Exol yang telah bersabar menunggu kemunculan semula mereka sejak lebih setahun yang lepas. Tidak dilupakan juga, Exol sungguh terharu apabila pihak “SMTown” telah mendengar permintaan mereka dengan kehadiran ke semua ahli EXO tanpa ada yang tertinggal. Tahniah kami ucapkan kepada EXO di atas “comeback” mereka.

loading...