Kai EXO dan Jennie Blackpink dilaporkan telah berpisah setelah menjalin hubungan cinta secara rasmi selama hampir sebulan.
Menurut satu sumber laporan tak dinamakan, mereka telah memutuskan untuk kekal hubungan sebagai abang dan adik angkat setelah tak lagi sefahaman dalam percintaan dalam lingkungan sebulan ini.
“Mereka mahu memfokuskan pada kerja, dan akhirnya putus cinta. Keputusan ini diambil setelah memikirkan untuk rakan-rakan idol seperjuangan serta peminat.”
Baru pagi tadi, kedua-dua selebriti ini dilihat memuatnaik gambar dan kapsyen yang lebih kurang sama di laman sosial masing-masing seperti menandakan sesuatu akan berlaku.
Sumber: top star news , allkpop