Twice bakal terima “adik perempuan” baru menjelang musim bunga ini

 

Hwang Ye Ji dikatakan sebagai ahli kumpulan wanita terbaru JYP

JYP Entertainment telah mengesahkan kumpulan wanita terbaru mereka telah pun selesai merakamkan muzik video. Ini adalah kumpulan wanita terbaru dari JYP selepas 4 tahun Twice melakukan kemunculan pertama. JYP akan umumkan tarikh rasmi kumpulan ini di kemudian hari.

JYP memang mempunyai ramai pelatih wanita tetapi ketika ini hanya 3 orang sahaja yang telah mendapat pendedahan di kaca tv. Pelatih-pelatih ini dijangka menganggotai kumpulan wanita terbaru ini. Mereka ialah Hwang Ye Ji dari rancangan “The Fans” , Shin Ryu Jin yang mendapat tempat pertama dalam ‘Mix Nine” dan Lee Chae Ryung dari “Sixteen”.Lee Chae Ryung juga adalah adik pada Lee Chaeyeon (Iz*one). Mereka turut pernah muncul bersama di Kpop Star. Kumpulan ini sepatutnya turut dianggotai oleh Somi  yang  dikenali apabila mendapat tempat pertama dalam “Produce 101”. Namun Somi telah pun meninggalkan JYP dan kini di bawah The Black Label dan memilih untuk kerjaya solo.

Kumpulan wanita JYP sering mendapat perhatian sejak dari Wonder Girls lagi yang mencipta hits demi hits. Ini diikuti dengan Miss A yang “debut” dengan “Bad Girl Good Girl” yang terus meraih tempat pertama di carta muzik hanya dengan lagu “debut” mereka. Twice juga turut mengorak langkah yang sama apabila meraih anugerah dan populariti pada tahun pertama kemunculan mereka dengan “Cheer Up”. Kumpulan wanita terbaru ini pasti ingin mengikut jejak langkah senior-senior mereka.

Saksikan video-video persembahan 3 pelatih yang dijangka sebagai ahli :

1. Hwang Ye Ji

2. Shin Ryu Jin

 

3.

Sumber : Naver , SBS, Mnet, JTBC

loading...