6 lokasi dahsyat Misi “Running Man” yang anda perlu tahu

Running Man” adalah rancangan TV terbitan  SBS dari Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia.   Ji Seok Jin, Yoo Jaesuk, Kim Joong Kook, Song Ji Hyo, Haha dan Lee Kwang Soo telah berjaya memberi gelak tawa kepada penonton sejak 9 tahun yang lalu (2010).  Ahli baru  Yang Sechan dan Jeon So Min juga turut memeriahkan lagi keluarga Running Man.Bekas ahli “Running Man”  yang turut menceriakan rancangan ini ialah Gary , Song Joongki ( yang kini bintang Hallyu ) dan Lizzy.  Para kaki melancong dan juga peminat “Running Man”  boleh juga melawat ke tempat-tempat misi rancangan “Running  Man” di bawah :

Sedia ? Mula ( semestinya dengan Seok Jin pemula acara) – “Race Start!”

1. N Seoul Tower , Seoul Korea Selatan

Episod: 186 – Artis jemputan : CNBlue & Shim Eun Kyung

Episod ini menyaksikan orang awam serta pelancong turut serta bekerjasama dengan ahli Running Man melaksanakan misi mereka.  Menara  ini adalah salah satu tarikan pelancong utama di Seoul. Lokasi ini turut menjadi tumpuan kdrama seperti “Boys Over Flower” , “My Nam is Kim Sam Soon”, “My Love from the Star”. Ha jangan tak tau drama Melayu pun ada buat rakaman kat sini iaitu “Aku bukan Bimbo”. Stesen Subway terdekat : Stesen Myeondong

Dikreditkan pada Trazy

Video :

2. Digital Media City (DMC), Seoul , Korea Selatan

Episod : 195 – Artis jemputan : 2PM, 2NE1, Mystic89

Bangunan SBS Prism yang terletak di Digital Media City selalu dijadikan tempat misi rancangan “Running Man”. Di dalam episod ini setiap kumpulan penyanyi berkerjasama dengan ahli “Running Man ”untuk  melengkapkan pusingan marathon. Pemenang akan dapat menyiarkan muzik video mereka di skrin gergasi SBS di luar bangunan.

Kawasan DMC ini juga turut menjadi lokasi filem Hollywood, Avengers Age of Ultron.  Selain SBS , kawasan ini seperti namanya adalah lokasi wakil media-media Korea seperti MBC, JTBC dan CJ E&M. Stesen Subway terdekat : Digital Media City

3. Taman Tema Everland, Seoul

Episod : Episod 66 ( Kim Sun Ah, Song Joongki ),141 (Jessica,Eun Jiwon), 245 (Jinusean)

Episod 245 menyaksikan Kwang Soo bertemu dengan rakan juga nama timangannya, “Sang Zirafah”

Everland adalah taman tema yang terkenal terletak di pinggir Seoul. Selain Zoo, tarikan utama adalah taman bunga mengikut musim dan “roller coaster” kayu yang ketiga tertinggi di dunia. Stesen Subway terdekat : Jeondae-Everland  (Yongin EverLine).

4. Leefoo Village Theme Park, Taiwan

Episod :212 (Ji Chang Wook, Sung Jae, Skull)

Ini adalah episod penalti untuk ahli-ahli yang kalah dalam misi di Seoul. Ahli dikehendaki menaiki “roller coaster Screaming Condor” dan menyelesaikan persamaan Matematik dari nombor yang mereka nampak dari pandangan atas “roller coaster” . Taman Tema ini juga mempunyai zoo sama seperti di Everland.

5. Pantai Timang , YogJakarta- Indonesia

(Episod 371)

So Min dan Kwang Soo kalah di dalam misi project dan dikehendaki menaiki gondola buatan manusia di Pantai Timang. Ia sebenarnya adalah tempat untuk menangkap udang kara tetapi berubah menjadi tempat pelancongan selepas ramai yang berminat untuk mencuba menyeberangi laut dengan ombak yang ganas. Pantai ini terletak 3 jam dari Bandar Yogjarkarta, dan anda perlu menaiki kenderaan khas seperti jeep untuk ke Pulau Timang.

6. Pengalaman Wing Walking di UK

( Episod 406,407,408 )

Pengalaman ngeri untuk ahli Running Man yang gayat. Nampaknya nasib malang masih menghantui Lee Kwang Soo dan Yoo Jae suk apabila terpilih untuk melakukan aksi ini di UK.

Terdapat  beberapa lokasi Wing Walk iaitu di Damyns Hall, Essex ( paling hampir dengan Bandar London), Membury Airfield, Berkshire, Breighton Aerodrome, Yorkshire, Wickenby Aerodrome, Lincolnshire dan Compton Abbas Aerodrome, Shaftesbury. Peserta haruslah berumur lebih 18 tahun dan tidak melebihi 77kg.

Percaya tak? Ada ahli  Running Man yang membuat lawak ingin cuba menambah berat badan untuk mengelak diri daripada dikenalkan penalti ini.

Lokasi atau aksi yang mana satukah yang anda berminat untuk cuba ? Jangan lupa komen di artikel kalau ada lokasi-loaksi Running Man lokasi K-drama yang anda ingin tahu.

Sumber : Rancangan Running Man adalah hak cipta SBS.

loading...