Netizen terkejut Ahn Jae Hyun mengenakan gincu & tak sabar menanti drama terbaru bersama Oh Yeon Seo

Ahn Jae Hyun, model bergelar pelakon mengejutkan peminat instagram-nya hari ini dengan mengenakan gincu di bibirnya.

Ahn Jae Hyun sebenarnya sengaja mempromosikan gincu jenama Merbliss. Tapi yang membuatkan peminat terkejut kerana Ahn Jae Hyun meletakkan gincunya betul-betul di permukaan bibirnya seolah-olah sedang menyapu bibirnya yang mana perlakuan itu telah melanggar ‘taboo’ yang sudah menjadi kebiasaan buat golongan hawa. Rata-rata netizen mengusik Ahn Jae Hyun memiliki bibir yang lebih seksi berbanding isterinya, Go Hye Sun dan ada antara netizen itu turut berkongsi pengalaman jika Ahn Jae Hyun melakukannya di negara kelahirannya, pasti Ahn Jae Hyun ditahan polis.

Sementara itu, pemenang Popular Rookie Actor CARI Kdrama Awards ini sudah mengesahkan akan membintangi drama terbaru MBC berjudul ‘People With Flaws’ bergandingan bersama Oh Yeo Seo. Beliau akan memang watak sebagai Lee Kwang Soo, seorang yang begitu obses dengan penampilan dirinya kerana pernah dikutuk hodoh pada suatu masa dulu. Lee Kwang Soo menemui seorang gadis bernama Joo Seo Yeon (lakonan Oh Yeo Seo), jurulatih olahraga sekolah yang jauh sekali menjadikan lelaki kategori ‘jambu’ sebagai pilihan hatinya. Drama ini akan menemui penonton untuk slot Rabu dan Khamis selepas MBC July Found By Chance berakhir.

Sumber: korean heralds , instagram ahn jae hyun , newsen

loading...