Son Seung Won dan pelakon tak dinamakan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan

Sejak pagi tadi, tular berita bahawa Son Seung Won disiasat pihak polis kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan kereta. Lebih teruk lagi, lesen pemanduan nya juga telah dibatalkan serta-merta setelah beberapa kali didapati memandu dalam keadaan mabuk, terutamanya pada 18 November lalu dan ditangkap pada bulan September sebelumnya. Penangkapannya itu sekaligus telah membuatkan agensi Blossom Entertainment menamatkan kontrak Son Seung Won tanpa pembaharuan sejak Oktober lalu. Blossom Entertainment  ialah agensi yang sama mewakili pelakon Park Bo Gum.

Namun, yang menggemparkan pihak media apabila ada seorang lagi pelakon tak dinamakan duduk di kerusi penumpang, turut sama berada dalam kereta sewaktu nahas tersebut yang berlaku pada jam 4.20 pagi, 26 Disember semalam. Pelakon itu digelarkan pihak media sebagai Mr. A turut disiasat “bersubahat” dengan Son Seung Won sehingga menyebabkan kemalangan itu berlaku. Mr. A dilaporkan telah mengaku bersalah dan berjanji takkan mengulanginya lagi. Setakat petang ini, pihak media korea masih tidak menyingkap nama pelakon tersebut.

Son Seung Won pernah membintangi drama jtbc Age of Youth 2 dan jtbc Welcome to Wakikiki yang sinonim dengan watak Bong Doo Shik.

Sumber: sport chosun , edaily

loading...