Jo Jung Suk & Yoon Shi Yoon, dua beradik berebutkan Han Ye Ri di dalam drama pra-kemerdekaan SBS ?

Pelakon Han Ye Ri tampaknya sudah memutuskan untuk membintangi drama sageuk SBS terbaru berjudul “Ugeumchi” yang akan dikarang oleh Jung Hyu Min (“KBS Jeon Do Jeon”,”KBS Assembly”) . Turut menyatakan kesediaan untuk membintangi drama ini ialah Jo Jung Suk dan Yoo Shi Yoon walaupun belum lagi mengesahkan penglibatan mereka.

Han Ye Ri akan memainkan watak Song Jin, yakni merupakan anak tunggal kepada Song Bong Il, berketurunan Jeolla-do. Luarannya seperti tenang, tapi sebenarnya dia mampu menggertakkan musuh dengan hanya mengalihkan bom di tangannya tanpa sekelumit rasa gentar. Pelakon yang pernah tercalon Best Actress 4th CARI Kdrama Awards ini menerusi drama jtbc Age of Youth sebelum ini, dikatakan akan tersepit antara pertelingkahan Jo Jung Suk dan Yoon Shi Yoon yang akan melakonkan dua beradik berketurunan bangsawan yang berlainan ibu.

Jo Jung Suk dan Yoon Shin Yoon akan menjadi adik-beradik kandung berlainan ibu yang hidup semasa perang dinamakan sebagai , “Battle of Ugeumchi” sekitar tahun 1894 yang tercetus akibat pemberontakan oleh kumpulan rakyat kelas bawahan Dong Hak.

Jo Jung Suk yang pernah mendapat pencalonan Best Actor dan Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards sebelum ini, akan membawakan watak Baek Yi Kang, yakni merupakan anak luar nikah kepada wanita yang dianggap sebagai hamba kepada keluarga ayahnya manakala Yoon Shi Yoon pula sebagai adik kandungnya, Baek Yi Hun yang dijadikan sebagai pewaris tunggal kerana dilahirkan rahim ibunya, isteri rasmi keluarga bangsawan tersebut.

Baek Yi Kang merupakan seorang yang agak misteri disebabkan perwatakannya yang dingin dengan mata yang tajam menikam, sehingga digelar ‘bomoh’ Jeolla-do Gobuja manakala Baek Yi Hun pula seorang agak lemah-lembut, memikili fizikal yang mengancam mata dan juga pandai bermadah hasil daripada belajar di Jepun. Kedua-duanya dijangka bertembung sewaktu pemberontakan Dong Hak ini disebabkan masing-masing memimpin kumpulan kelas bawahan dan bangsawan.

SBS “Ugeumchi”  akan disiarkan pada musim bunga pada tahun hadapan.

Sumber: Is Plus 1, Is Plus 2

loading...