Berikutan kes ditahan di lapangan terbang Indonesia, agensi Lee Jong Suk ambil tindakan undang-undang

Untuk maklumat terkini berkaitan Lee Jong Suk, beliau telahpun selamat tiba di Korea. Berikutan masalah yang dihadapi pelakon ini bersama kumpulan pengurusannya yang ditahan di lapangan terbang Indonesia, agensinya akan meneruskan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur.

Terdahulu, Lee Jong Suk telah mengadakan perjumpaan dengan peminatnya di Indonesia yang dianjurkan oleh Yes24 pada 3 November lepas. Namun, disebabkan ketidaktulusan pihak penganjur melaporkan keuntungan yang diterima kepada pihak cukai tempatan telah mengakibatkan pelakon berkenaan ditahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa tempatan.

Agensi Lee Jong Suk; A-Man Projek telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 November. Kenyataan terbabit turut dikongsi menerusi laman instagram agensi terbabit yang berbunyi;

“Hello dari kami, A-Man Project.

Kami telah menimbulkan kebimbangan dan kerisauan kepada para peminat berkaitan tentang Lee Jong Suk. Beliau tidak dibenarkan meninggalkan Indonesia sejurus tamatnya perjumpaan bersama peminat kerana kegagalan pihak penganjur Yes24 menyelesaikan isu berkaitan pengurusan perniagaan dengan pihak cukai tempatan. Ini merupakan kali pertama kami mengalami situasi seperti ini dan ia membuatkan kami sangat terkejut.

Pelakon kami juga turut merasa bimbang dan risau kerana keterlewatan kepulangan beliau ke Korea akan menjejaskan jadual penggambaran drama dan wargakerja produksi serta pelakon. Beliau lebih merisaukan perkara lain berbanding dengan dirinya sendiri. Namun begitu, atas bantuan yang diberikan oleh pihak kedutaan Indonesia, Lee Jong Suk berjaya menaiki penerbanga ke Korea dan kini dalam perjalanan pulang.

“Pada masa ini, kami terus meneliti punca kejadian ini, tetapi penjelasan yang diberikan oleh agensi dan penganjur YES24 berubah-ubah. Pertamanya, kami mendengar bahawa wakil YES24 di Indonesia mengambil pasport Lee Jong Suk serta kakitangannya tanpa sebab dan gagal dihubungi. Selepas beberapa jam, kami dimaklumkan bahawa individu yang bertanggungjawab ke atas cawangan Yes 24 Indonesia ditahan kerana gagal membayar cukai, lantas barang-barangnya termasuk pasport pelakon dan kakitangannya turut dirampas. Selepas beberapa jam lagi, media tempatan melaporkan Yes24 gagal memohon permit kerja sementara, yang membawa masalah ini kepada isu visa. Setiap penjelasan yang diberikan membuatkan kami bingung dan  kami tidak tahu apa penjelasan yang akan mereka berikan kepada kami selepas ini.

Kami merancang untuk mengambil tindakan undang-undang yang ketat terhadap syarikat pengurusan acara dan pihak penganjur mengenai kejadian ini, dan sebarang tindak balas lanjut terhadap perkara ini akan melalui wakil undang-undang kami. Kami (termasuk Lee Jong Suk) ingin mengingati memori indah, sokongan serta kasih sayang yang diberikan oleh para peminat semasa lawatan Lee Jong Suk ke Indonesia. Kami ingin memohon maaf kepada seluruh warga produksi serta krew drama “Romance Supplement”  dan orang ramai kerana telah membuat anda bimbang. Kami akan bayar balik sokongan serta kasih sayang anda dengan promosi yang lebih telus pada masa akan datang.”

https://www.instagram.com/p/BpzhhHvFNfH/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=6ymv4ohvo076

Drama dua episode lakonan Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun,” Death Song” akan keudara di SBS pada 27 November ini selamat tamatnya drama “Where Stars Land”. Sementara itu, Lee Jong Suk kini sedang menjalani penggambaran drama terbaru tvN “Romance Supplement” yang akan disiarkan tahun hadapan.

Sumber : Newsen