Taehyung BTS jadi rebutan kaum hawa untuk diserahkan coklat sempena ‘Valentine Day’ hari ini

Taehyung BTS mendahului senarai penyanyi idol yang mahu diserahkan coklat oleh kaum hawa sempena hari Valentine 2022 ini.

Menurut sebuah portal undian ‘Siapakah penyanyi idol lelaki yang anda mahu serahkan coklat pada hari Valentine?’ sekitar 4 hingga 13 Feb 2022 lalu, sebanyak 124 orang artis Kpop telah tersenarai dan Taehyung BTS mendapat undian tertinggi yakni dengan 45,131 undian.

Kekacakan yang dimilikinya, suara berjenis rendah yakni penuh maskulin, personaliti yang romantis dan kelakar, keminatan terhadap haiwan peliharaan serta sentiasa memikirkan keluarga sendiri, menjadi penyebab kenapa Taehyung dianggap sebagai kekasih yang sempurna di mata kaum hawa.

Peminat tidak dapat melepaskan bayangan ketampanan Taehyung, seolah-olah seperti putera raja yang datang daripada kisah penglipur lara.

Ini tahun kedua berturut-turut Taehyung menjadi rebutan kaum hawa dengan Kang Daniel mengunggulinya pada tahun 2019 , Jimin pula pada tahun 2020 serta dirinya pada tahun 2021.

Sumber: sports chosun

loading...