Hyunmin-A dari Malaysia ke Korea – beri inspirasi penghasilan 101 persoalan tentang Korea

‘Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, pepatah’. Pepatah ini saya kira amat bersesuaian dengan Hyunmin-A atau lebih dikenali dengan nama panggilan Ajieb Rosdi. Anak kelahiran Johor ini sudah menetap di Korea Selatan selama 5 tahun selepas berpeluang untuk menjadi pelatih menerusi agensi HICC Media. Pastinya pelbagai pahit maung, suka dan suka telah beliau harungi di negara orang dalam usaha untuk bergelar seorang idol K-Pop.

Antara cabaran yang beliau hadapi adalah penerimaan masyarakat sekeliling tentang dirinya seorang Muslim serta perbezaan Bahasa dan budaya sementelah dirinya berkelana jauh di negara orang. Namun, hal ini sedikit pun tidak mematahkan semangat Hyunmin-A untuk terus berjuang dan melakar kejayaan yang diimpikannya. Berbekalkan perjuangan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Hyunmin-A masih lagi utuh berdiri. Hyunmin-A telah mencipta fasa terbaru dalam kehidupan Ajieb Rosdi ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, serta ucapan dari wakil Ilham Mora Enterprise (IME), Hyunmin-A serta pengurusnya Encik Michael. Persembahan Kevin Tay menghiburkan hadirin dengan tiupan seksafon yang mengalunkan lagu-lagu popular. Sesi soal jawab memperlihatkan para hadirin begitu teruja untuk mendengar pengkongsian dari Hyunmin-A dan secara langsung menjawab segala keemusykilan hadirin yang bertanya. Beliau juga kelihatan sangat merendah diri, santai dan berkeyakinan saat berinteraksi bersama hadirin.

Semua yang hadir diberikan buku tulisan Hyunmin-A ‘Q101: Guide To Learn More About Korea’ dan barangan dari penaja Pure Theory Cosmetic sebagai cenderamata. Serba sedikit berkaitan buku nukilan Hyunmin-A ini, ia mengandungi 204 muka surat dan dijual pada harga RM 45.90. Buku ini telah dicetak dalam lima Bahasa yang berbeza iaitu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea, Bahasa Cina dan juga Bahasa Thailand. Saya merasakan ini adalah kekuatan buku beliau yang menjadikannya menarik dan unik. Pasti para peminatnya dapat mendalami apa yang telah dikongsikan beliau sekaligus buku ini menjadi satu medium untuk pembaca mengetahui beberpa perkara mengenai Korea yang mungkin tidak ditekankan sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Q101 yang dicetak dalam Bahasa Cina telah mendapat bimbingan daripada seorang pakar iaitu Looi Lai See dari segi penulisan dan gaya Bahasa. Pengurus Hyunmin-A dan juga wakil IME juga adalah tulang belakang Hyunmin-A yang tidak pernah jemu memberi galakan dalam merealisasikan buku yang berunsurkan akademik ini. Buku ini juga mengetengahkan tentang 101 persoalan yang seringkali ditanya oleh peminat-peminat K-pop dan K-drama. Disebabkan itu, Hyunmin-A nekad untuk mengeluarkan buku ini yang pasti dapat merungkaikan segala persoalan.

Fakta menarik mengenai buku ini adalah ia turut memuatkan satu soalan yang pernah ditanyakan oleh seorang rapper sebuah kumpulan idol yang baru sahaja selesai mengadakan konsert di Satdium Malawati, Shah Alam baru-baru ini. mengunjungi ke Malaysiasalah satu soalan tersebut ditanya oleh seorang rapper dari kumpulan idol yang baru-baru ini datang ke Malaysia untuk konsert di Stadium Malawati, Shah Alam. Ditanya tentang aktiviti penulisan seterusnya, beliau menjawab buku tersebut akan menyusul tidak lama lagi.

Dalam pada itu, wakil dari IME juga menyatakan hadiah menarik menanti para pembeli buku ‘Q101: Guide To Learn More About Korea’ ini. Anda berpeluang untuk memenangi dua buah jam tangan berjenama, 10 tiket berkunjung ke Hello Kitty – Johor Bahru, barangan produk Korea dan juga hadiah utama yang merupakan percutian bersama Hyunmin-A ke salah satu destinasi rahsia di antara lima bahasa yang digunakan untuk penerbitan buku beliau.

Kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan segera ‘Q101: Guide To Learn More About Korea’.  Selamat membaca dan semoga berjaya!

loading...