Demi sahabat sejati, BTOB saling bertukar hadiah dengan cara tak masuk akal

Kumpulan Btob merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea selatan yang terdiri daripada tujuh orang anggota iaitu Eunkwang, Minhyuk, Changsub, Hyunsik, Peniel, Ilhoon dan Sungjae. Buat pengetahuan anda, perkataan Btob merupakan akronim kepada Born to Beat (lahir untuk ritma). Mereka membuat kemunculan pertama mereka pada 22 Mac 2012 di M!countdown dengan dua buah runut lagu berjudul Born to Beat dan Press play. Dengan melancarkan lagu pada tahun 2017 yang berjudul “Missing you”, kumpulan tersebut meraih kemenangan kali ke 6 untuk lagu itu di M!countdown Mnet pada 2 November.

Ketika lagu tersebut telah menduduki tangga lagu pelbagai lagu segera selepas itu , Btob telah menikmati kejayaan besar dari awal hingga akhir dengan dengan aktiviti promosi terkini mereka. Kini ahli Btob mempromosikan lagu mereka dengan cara yang comel dan menyeronokkan dengan bertukar hadiah paling tidak berguna secara rawak sesama ahli yang lain. Ternyata pemberian hadiah ini membawa makna yang tersirat di sebalik pemberian hadiah tersebut seperti function key, egg dalam sebutan korea adalah (Al/R), Italy towel, exit sign, nest serta dinasour feet yang membawa maksud friend jika disatukan dengan huruf yang pertama.

Bermula dengan Peniel yang mengejutkan Hyunsik dengan pemberian cenderahati secara rawak, hadiah tersebut membuatkan raut wajah rakannya itu kelihatan gembira.

“Wah , Italy towel. Ia berasal dari Italy dan kualiti kain sangat bermutu tinggi”. Hyunsik mengacukan tuala Italy  di atas t-shirtnya seolah-olah menampakkan seperti menjadikan tuala Italy sebagai satu fesyen lengkapnya.

Ilhoon menambah ,”wow, ia berkarisma, ia cantik!”. Ilhoon mengambil tuala Italy daripada Hyunsik dan kemudiannya melakukan tarian koreografi Boop peep T-ara. Sungguh lucu bukan? Bahkan, lagu FRIEND akan telah dinyanyikan oleh semua 7 anggota walaupun Eunkwang sekarang sedang menjalani latihan khidmat negara. Lebih manis lagi, Eunkwang telah merakamkan suaranya untuk lagu ini sebelum pendaftaran tentera yang diwajibkan bagi semua lelaki di Korea. Teaser lagu Friend boleh ditonton di sini dan dijangka keluar pada hari esok 23 October.

 

Penulis pasti tidak sabar untuk mendengarnya! . Sementara itu, album lain tanpa kehadiran Eunkwang sebagai pelengkap suaranya telah ditetapkan untuk dikeluarkan pada November ini. Apakah netizen pernah terfikir mereka boleh mempromosikan lagu dengan cara yang begitu menyeronokkan? Tahniah buat ahli Btob kerana akan kembali dengan lagu terbaru mereka yang bertajuk FRIEND pada 23 October 2018. Berita ini sangat menggembirakan buat netizen , malah buat seluruh peminat Melody yang lain.

Sumber: Youtube

loading...