3 Drama Korea baru ini hanya eksklusif untuk tayangan di Netflix saja

Laman streaming Netflix semakin menginjak ke hadapan bagi memenuhi selera penonton antarabangsa. Mereka telah menandatangani beberapa perjanjian dengan pihak produksi drama korea dan juga cenel tv kebel di sana, yakni tvN bagi mendapatkan hak penyiaran drama di seluruh dunia kecuali Korea Selatan. Berikut ialah 3 drama yang setakat ini hanya disahkan boleh ditonton menerusi Netflix saja:

1. Kingdom

Drama berjudul “Kingdom” berkisarkan tentang putera raja yang bertungkus lumus membanteras penularan watak penyakit ‘zombies. Drama ini pasti mengujakan seperti bagaimana filem ‘Train of Busan’ berjaya membuatkan penonton turut terasa kesannya. Kim Eun Hee, penulis “Kingdom”, yang terkenal dalam menyajikan drama penuh suspens seperti mana beliau lakukan untuk drama Signal, karya yang menyebabkan beliau menyapu bersih anugerah Best Screenplay 5th CARI Kdrama Awards dan Baeksang Art Awards, semestinya akan menjanjikan keterujaan yang sama untuk drama Kingdom ini. PD yang akan mengetuai projek ini ialah Kim Sung Hoon, iaitu pengarah filem Hard Day dan Tunnel.

Penulis skrip tvN “Signal” bergabung dengan pengarah filem “Hard Day” & “Tunnel”.

Joo Ji Hoon, Bae Doona dan Ryu Seung Ryong membintangi drama ini sebagai pelakon-pelakon utama. Joo Ji Hoon akan membawa watak sebagai putera raja tersebut manakala Bae Doona dan Ryu Seung Ryong masing-masing sebagai Seo Bi dan Jeo Hak Jo. “Kingdom” dihasilkan dalam dua musim, dengan 8 episod bagi setiap satu dan dijangka ditayangkan pada awal 2019 depan.

2. Love Alarm

Asalnya dihasilkan untuk tayangan di tvN, Netflix telah pun membeli hak cipta penyiaran drama ini sejak September lepas.  Kim Soo Hyun telah pun mengesahkan penglibatannya pada hari ini bahawa dia akan melakonkan watak utama.

“Love Alarm” adalah adaptasi drama dari webtoon yang terkenal dengan nama yang sama oleh Chun Gye Young. Drama ini berkisarkan tentang satu aplikasi mudah alih yang mampu menyampaikan pesanan bahawa ada seseorang yang berdekatan dalam lingkungan 10m ingin menghulurkan salam perkenalan. Ia menceritakan kisah mengenai bagaimana kita ingin mengetahui tentang perasaan sebenar seseorang dengan hanya menerusi penggunaan aplikasi yang kini menjadi medium pengantaraan kita. “Love Alarm” akan diarahkan oleh PD Lee Na Jeong, yang sebelum ini pernah mengarahkan KBS “Fight My Way” dan KBS “Oh My Venus”. Drama ini dijangka untuk slot tayangan tahun hadapan.

“Love Alarm” dihasilkan dengan 8 episod ini oleh produser Studio Dragon.

3. Because This Is My First Love

Tak dapat dijelaskan lebih lanjut apakah intipati drama ini melainkan ianya akan dibintangi oleh Ji Soo, Jung Chae Yeon dan Jinyoung. Drama bergenre perkembangan remaja ini berpandukan pada cerita sekawan bersifat platonik. Ji Soo yang dikenali dengan drama jtbc Strong Woman Do Bong Soon dan SBS Scarlet Heart sebelum ini dikatakan akan memegang watak sebagai kawan di antara dua sahabat baik yang mencintai satu sama lain.

Jinyoung pula akan menjadi seorang model pelajar yang sangat memilih dan juga bersikap dingin. Dia jarang menunjukkan perasaanya di hadapan rakan-rakannya, tapi akhirnya  melekat pada seorang gadis yang bakal dilakonkan oleh Jung Chae Yeon. Jinyoung pernah meninggalkan kesan di hati penonton di dalam KBS Moonlight Drawns By Clouds dan semestinya persaingannya dengan Ji Soo dalam merebut cinta Jung Chae Yeon akan menjadi isu di dalam drama ini.

Drama yang ditulis oleh Kim Min-Seo (My Black Minidress) akan dibantu oleh sutradara Oh Jin Seo (“SBS Yongpal” ,”SBS My Sassy Girl”) dan akan ditayangkan dalam 8 episod sahaja bermula awal tahun 2019 depan.

Sumber: sport khan , netflix 1, neflix 2

loading...