“The Fiery Priest 2” beri gambaran awal Kim Nam Gil, Honey Lee dan Kim Sung Kyun dalam misi membawa keadilan

Akhirnya, “The Fiery Priest” kembali selepas lima tahun!

Drama SBS “The Fiery Priest,” yang pertama kali disiarkan pada 2019, mengisahkan seorang paderi Katolik yang panas baran dan seorang detektif pengecut yang bekerjasama untuk menyelesaikan kes pembunuhan. Musim pertama yang dibintangi oleh Kim Nam Gil, Honey Lee, dan Kim Sung Kyun berjaya mencapai rekod tontonan sebanyak 22%.

Pada 10 Oktober, Kim Nam Gil, Honey Lee, dan Kim Sung Kyun menyambut kehadiran Musim 2 dengan poster teaser baharu yang memukau untuk “Fiery Priest.” Poster tersebut menampilkan teks, “Misi Bellato bermula,” di mana watak Kim Hae Il (Kim Nam Gil), Park Kyung Sun (Honey Lee), dan Goo Dae Young (Kim Sung Kyun) bersedia untuk melawan kejahatan di Busan.

Selain itu, pada 16 Oktober, Disney+ Hotstar mengumumkan bahasa platform penstriman itu akan menyiarkan “The Fiery Priest 2” dan turut berkongsikan poster terbaru siri ini juga.

Dalam poster itu, Kim Hae Il memegang rosario dan berdiri penuh yakin di tengah. Dia telah dipilih oleh Ketua Paderi dan diberikan kuasa sebagai Paderi Bellato untuk membawa keadilan, membuatkan penonton tertanya-tanya tentang cabaran baru yang menantinya dalam Musim 2.

 

Selain itu, Park Kyung Sun kini menjadi “pejuang keadilan” dengan pedang di tangan, sementara detektif Goo Dae Young dari unit jenayah ganas Balai Polis Gudam bersiap sedia dengan pandangan tajam dan pistol. Kedua-dua mereka akan bekerjasama dengan Kim Hae Il, menambah rasa teruja untuk melihat keserasian mereka.

Musim kedua ini bermula ketika seorang budak altar muda pengsan akibat pengambilan dadah berlebihan semasa upacara peringatan di Katedral Gudam, Father Kim Haeil terpaksa mencari keadilan sekali lagi. Bersama rakan-rakannya, Father Kim akan pergi ke Busan dan menyamar sebagai seorang guru sambil menyiasat secara rahsia rangkaian dadah bawah tanah yang membuli golongan paling terdedah dalam masyarakat.

Pihak produksi berkata, “Kim Nam Gil, Honey Lee, dan Kim Sung Kyun akan menunjukkan keserasian yang hebat, seolah-olah tiada jarak lima tahun antara mereka. Kami yakin drama ini akan memenuhi harapan penonton yang sudah lama menunggu.”

“The Fiery Priest” Musim 2 akan mula ditayangkan pada 8 November ini dan boleh distrim di Disney+ Hotstar Malaysia.

Sumber : 1