Jo Jung Suk menafikan tuduhan curang pada Gummy

Agensi Jo Jung Suk bertindakbalas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap desas-desus tersebar semalam yang mengatakan Jo Jung Suk dan Yang Jiwon daripada kumpulan UNI.T sedang dilamun cinta, sekaligus menafikan balik tuduhan aktor berkenaan sedang curang terhadap isterinya yang baru berkahwin minggu lepas, Gummy.

“Tiba-tiba, satu ‘rumour’ tersebar di internet semalam. Disebabkan Jo Jung Suk merupakan aktor yang disayangi ramai, kami tidak akan bertoleransi terhadapan cubaan untuk merosakkan imejnya.”

Jo Jung Suk dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan Yang Ji Won (Uni.t).

“Syarikat kami, JS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka memulakannya dan menyebarkan kepada netizen.”

Semalam, tersebarnya tuduhan tidak bertanggungjawab oleh netizen Korea tentang beberapa selebriti yang didakwa mereka menjalinkan hubungan terlarang termasuklah PD Na Young Suk, Jung Yu Mi dan juga Jo Jung Suk. Ketiga-tiga mereka menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Sumber: insight

loading...