Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Lee Je Hoon sejak dahulu lagi, mungkin akan memerhati perubahan wajahnya yang semakin tampan di kala usianya meniti pertengahan 30-an. Mula dikenali dengan drama SBS Secret Door sebagai putera mahkota yang disabitkan hukum bunuh oleh ayahandanya sendiri kerana disangkakan gila, Lee Je Hoon perlahan-lahan memikat hati penonton drama dengan lakonan sebagai detektif profiler penuh bersungguh-sungguh di dalam tvN Signal. Kendatipun begitu, kedua-duanya menampakkan wajahnya yang sedikit selekeh barangkali belum menemui ‘make over’ yang sesuai.
Tapi, mungkin situasinya agak berbeza buat SBS Where The Stars Land di mana Lee Je Hoon yang melakonkan watak pekerja operasi kawalan penumpang penerbangan membuatkan penonton drama terpegun menyaksikan betapa kacaknya aktor tersebut. Netizen memuatnaik perubahan penampilan Lee Je Hoon dalam laman sosial naver dengan diamati lebih 100 ribu orang.
Pemenang Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards ini telah mempamerkan gaya lakonan bersahaja, penuh ketenangan serta introvert tapi sebenarnya seorang yang sungguh romantik dalam menunjukkan perasaannya terhadap gadis yang dikasihinya dengan menyembunyikan apa-apa saja tindakannya daripada perhatian gadis itu. Pada episod 9 & 10 ditayangkan semalam, Lee So Yeon (watak lakonan Lee Je Hoon) didesak oleh Han Yeo Reum (Chae So Bin) untuk mengetahui motif di sebalik tindakannya dilakukan selama ini kerananya. So Yeon akhirnya mengaku jatuh cinta terhadap Yeo Reum dengan hanya sepatah kata yang diluahkan, ” Ya ” apabila ditanya benarkah dia menyukai Yeo Reum.
SBS Where The Stars Land berkisarkan tentang Lee Seo Yoon, seorang pekerja operasi kawalan lapangan terbang yang mengalami kecacatan anggota diberi peluang untuk memulakan hidup baru dan dilamun cinta apabila menemui gadis kelam-kabut di tempat kerjanya. SBS Where The Stars Land atau Fox Bride Star ditayangkan menerusi Astro 392 ONE TV ASIA setiap jam 8.00 malam, hari Selasa dan Rabu.
Sumber: naver