[Gempar] Kembalinya Jun Ji Hyun dengan drama terbaru tvN tulisan Hong Sisters

Pelakon yang terkenal dengan lakonan komedi romantik samada melalui perfileman mahupun drama, Jun Ji Hyun, bakal  membintangi drama terbaru tvN nukilan penulis skrip tersohor di Korea daripada adik-beradik Hong (Hong Miran & Hong Jung Eun) . Adik-beradik Hong merupakan penulis skrip drama-drama popular Korea seperti SBS My Girl, KBS Sassy Girl Chun Hyang, MBC The Greatest Love, SBS Master’s Sun, SBS My Girlfriend is Guminho, SBS You’re Beautiful dan tvN The Korean Odyssey.

Beberapa drama tulisan adik-beradik Hong yang popular.

Menariknya, drama yang belum diberikan judul ini akan menggandingkan Jun Ji Hyun dan adik-beradik Hong Sisters buat pertama kali setelah beberapa kali mereka cuba disatukan sebelum ini. Drama pertama tulisan Hong Sisters, KBS Sassy Girl Chun Hyang dikatakan mendapat inspirasi daripada lakonan penuh berketrampilan dan bersahaja Jun Ji Hyun di dalam filem Sassy Girl. Kesibukan Jun Ji Hyun dalam layar perak dan rumahtangga membataskannya untuk kembali semula menggegarkan industri drama korea.  Kali terakhir Jun Ji Hyun membintangi drama adalah pada tahun 2016 menerusi SBS Legend of The Blue Sea bersama Lee Min Ho manakala drama SBS My Love From Star yang dibintanginya bersama Kim Soo Hyun pada tahun 2014 meledakkan popularitinya di kalangan penggemar kdrama sehingga melayakkannya memperoleh anugerah Best Actress di mana-mana anugerah di Korea termasuklah Best Actress 3rd CARI Kdrama Awards.

Maklumat sinopsis drama belum didedahkan lagi pada pihak media tetapi dijangka akan ditayangkan menjelang tahun 2019. Bagimanapun, Jun Ji Hyun belum mengesahkan dan baru saja mempertimbangkan tawaran lakonan berkenaan. Kami akan cuba kemaskinikan dari semasa ke semasa.

Sumber: star.mk , sedaily

loading...