Didakwa tidak adil menjuri kerana memilih paras rupa sebagai ukuran, Yuri SNSD mohon maaf jika ada tersalah faham

May be an image of 6 people and text

Keputusan Yuri SNSD menggugurkan seorang peserta bernama Lee Seung Eun (15 tahun) di dalam rancangan realiti survival, MBC My Teenage Girl mendapat kritikan daripada netizen samada beliau jujur ketika melaksanakan tugasnya sebagai juri.

Pada 12 Disember 2021 lalu, Yuri menggugurkan Lee Seung Eun sebaliknya memilh Lee Ji Won untuk bersaing di dalam rancangan itu. Lee Seung Eun menerima skor tertinggi di atas vokal dan tariannya berbanding Lee Ji Won, malah turut mendapat pujian daripada juri-juri lain.

Bagaimanapun, Yuri menjelaskan alasan untuk memilih Lee Ji Won adalah kerana kejelitaan paras rupanya. “Ada sesuatu daripada rupanya mampu menarik hati peminat. Sekarang, kita memang perlu ahli yang boleh menarik peminat untuk berkumpul rama-ramai,” katanya.

Alasan penjurian itu mendapat kritikan daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengannya. “Siapa ahli boleh kumpulkan peminat ramai-ramai di dalam Girls’ Generation (SNSD),” tanya netizen itu. “Saya ingin tahu apa yang lagi penting daripada kemahiran vokal semasa memilih penyanyi,” soal netizen yang lain pula.

Rentetan daripada itu, Yuri SNSD membuat permohonan maaf di atas gambaran yang salah tentang kejadian yang sebenarnya berlaku di dalam MBC My Teenage Girl. “Saya tidak dapat sampaikan konteks dengan baik, saya memohon maaf,” kata Yuri.

“Suasana di dalam apa yang ditayangkan di tv tidak sama dengan apa yang di belakang tadbir. Sebenarnya, seorang cikgu vokal Youngji telah mencadangkan Lee Ji Won lebih sesuai selepas memberikannya skor sebagai B+ walaupun kemahiran nyanyian masih lagi lemah. Pada mulanya, Kwon Yuri mahu memilih Lee Seung Eun pada peringkat awal, namun berubah fikiran dan memilih Lee Ji Won akhirnya. Maaf dengan ikhlas daripada pihak kami,” kata pihak produksi yang turut membuat permohonan maaf bersama dengan Yuri SNSD.

Sumber:  money today

loading...