‘Rating’ drama MBC Terius Behind Me bersaing ketat di hadapan SBS Heart Surgeons

Persaingan kedua-dua drama ini semakin memuncak apabila jauh meninggalkan drama-drama lain ke belakang, yakni tvN The Smile Has Left Your Eyes, KBS The Ghost Detective, dan OCN The Guest .  ‘Rating’ yang dikecapi kedua-dua drama ber’genre’kan perubatan , SBS Heart Surgeons  dan drama risikan MBC Terius Behind Me semakin melonjak naik dan bersaing ketat merebut kedudukan pertama.

Mengikut nilaian yang dikeluarkan oleh agensi TNms semalam,  MBC Terius Behind Me memperoleh 9.3% melebihi 0.3 di hadapan drama SBS Heart Surgeons. Manakala, agensi Nielsen pula meletakkan MBC Terius Behind Me ke hadapan dengan ‘rating’ sebanyak 9.5% berbanding SBS Heart Surgeons dengan rating sebanyak 8.9%.  Kedua-dua drama ini pada asalnya bermula dengan rating ~ 6.0% menyebabkan SBS Heart Surgeons mengungguli di kedudukan no.1 sebelum MBC Terius Behind Me kemudiannya perlahan-lahan memotongnya ke hadapan.

MBC Terius Behind Me yang dbintangi oleh calon Best Actor 2nd CARI Kdrama Awards, So Ji Sub bersama Jung In Sun, berkisarkan tentang  Kim Bon (So Ji Sub), seorang lagenda agen ops hitam yang berkhidmat di National Intelligence Service (NIS) yang terpaksa menyiasat konspirasi melibatkan mendiang suami kepada Go Ae Sin (Jung In Sun) manakala SBS Heart Surgeons pula dibintangi oleh calon Best Supporting Actor 6th CARI Kdrama Awards lepas, Uhm Ki Joon dan pelakon Go Soo yang berentap sebagai pakar bedah terkemuka.

MBC Terius Behind Me dan SBS Heart Surgeons masing-masing boleh disaksikan menerusi cenel tempatan, Oh K Astro 394 dan ONE HD 393 setiap jam 8.00 malam ke atas , hari Khamis dan Jumaat.

 Sumber: hankookilbo
loading...