Drama express 24 jam tvN – ‘Player’ catat permulaan yang baik

Singapura, Malaysia & Indonesia (4 Oktober 2018) – drama ekspres 24 jam terbaharu TVN Asia – ‘Player’yang dibintangi oleh Song Seung-heon (宋承宪) dan Krystal (郑秀晶), telah menarik perhatian penonton dengan adegan aksi dan humor. Drama ini disiarkan secara eksklusif di tvN di Singapura, Malaysia dan Indonesia setiap hari Ahad & Isnin pada 21:45 (GMT + 8).

Episod pertama ‘Player’ menduduki tempat pertama di semua saluran, termasuk TV berbayar, IPTV dan rangkaian siaran awam, dalam tempoh yang sama di Korea, dengan jumlah purata penonton 4.0% dan siaran perdana mencatat  4.7%. Hanya dengan episod pertama, ‘Player’ telah berjaya memecahkan rekod tontonan tertinggi penonton bagi episod perdana dalam sejarah OCN, yang sebelum ini dipegang oleh drama ‘Voice 2’.  Di Singapura, Malaysia dan Indonesia, penonton boleh menikmati tayangan drama ‘Player’ melalui tvN dalam masa 24 jam selepas siaran Korea. Meneruskan momentum tayangannya, episod 2 menduduki tempat pertama di kalangan sasaran penonton (lelaki dan wanita berusia 20-49 tahun) di semua 120 saluran TV berbayar di Singapura (sumber: Gfk; Evogenius Reporting).

Episod pertama memaparkan mereka yang berkepentingan dalam kerajaan yang telah menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Mereka telah mengumpul kekayaan melalui cara haram, namun pendakwa Jang In-gyu (Kim Won-hae) percaya bahawa dengan hanya mengheret mereka ke makhamah tidak mencukupi.

Ini menjadi permulaan kerjasama mereka dengan team “Player”, yang terdiri daripada seorang penipu Kang Ha-ri (Song Seung-heon), seorang pemandu berbakat Cha Ah-ryung (Krystal), seorang hacker Im Byung-min (Lee Si- eon) dan pejuang Do Jin-woong (Tae Won-suk). Pertempuran mendebarkan antara mereka  yang tidak bertanggungjawab dan ‘gang of four’ itu menampilkan aksi yang hebat, menggemparkan dan tidak dijangkakan.

‘Player’ dapat menarik perhatian penonton dalam masa yang singkat, apabila mereka telah meninggalkan komen positif di media sosial seperti, ” ‘Player’ sangat menarik, ianya sangat mendebarkan!”; “Drama aksi terbaik pernah saya tonton! Tidak sabar untuk tonton episod seterusnya! ”

Ingin tonton lebih banyak aksi dan humor dari ‘gang of four‘? Stay tuned dengan tvN Asia. Drama aksi express 24 jam – ‘Player’ boleh ditonton menerusi tvN di Singapura, Malaysia dan Indonesia setiap hari Ahad dan Isnin pukul 21:45 (GMT + 8), dengan sari kata dalam bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Malaysia.

Player is available on tvN in the channels listed below

Singapore:
新電信電視 Singtel TV Channel 518 (HD) / Channel 619 (HD)
星和視界 StarHub TV Channel 824 (HD)

Malaysia:
Astro Channel 395 (HD) / Astro GO

unifi tv Channel 211 (HD) / unifi playtv app

Indonesia:
My Republic Channel 46 (HD)
Transvision Channel 321 (HD)

loading...