Perkhidmatan bas shuttle percuma sempena konsert iKON & WINNER

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2018 – Dalam tempoh seminggu dari sekarang, dua kumpulan idol K-
Pop yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment, iKON dan WINNER akan berada di Malaysia.

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, anjuran MacpiePro itu akan menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad), bermula pada pukul 6 petang.

Kuala Lumpur menjadi pilihan destinasi pertama dua kumpulan idol itu untuk menjayakan konsert bergerak mereka di Asia Tenggara. Tidak dinafikan peminat kumpulan iKON dan WINNER yang digelar iKONIC dan INNER CIRCLE pasti teruja untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka secara langsung selepas melihat foto-foto menarik konsert idol kesayangan masing-masing dikonsert sebelum ini di Seoul dan Taipei.

Untuk memudahkan pergerakan peminat ke konsert tersebut, pihak penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara Stesen KTM Batu Tiga dan Stadium Malawati  bermula pada pukul 10 pagi hingga 9.30 malam pada kedua-dua hari konsert berlangsung. Caranya mudah, bas-bas berkenaan akan menunggu peminat di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati.

Barangan rasmi iKON dan WINNER akan turut dijual di kiosk yang disediakan sepanjang tempoh konsert berlangsung bagi membolehkan peminat memiliki cenderamata  kumpulan idol masing-masing sebagai kenangan.

https://www.instagram.com/p/Bn-Vc7IHTqn/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=6yiai6mhaicr

Selain itu, iKONICS dan INNER CIRCLE juga berpeluang menonton persembahan terkini
kumpulan kesayangan masing-masing dan menyanyi bersama-sama menerusi lagu-lagu hit mereka. iKON, yang baru meraikan ulang tahun ketiga penubuhan kumpulan tersebut, akan membuat penampilan kedua mereka di Malaysia, manakala ini adalah kali pertama WINNER akan mengadakan konsert di Malaysia.

Tiket berharga RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) telah HABIS dijual, sementara tiket
yang masih boleh dibeli adalah pada harga RM693 (Zon iKONIC/ Zon INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning) dan RM483 (Zon Ungu).

Dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my. Setiap pembelian tiket akan mendapat poster rasmi sebagai tanda penghargaan.

Konsert K-Pop yang diadakan dua hari berturut-turut di Malaysia membuktikan pihak MacpiePro sentiasa berusaha memenuhi kehendak penonton untuk menikmati MUZIK TANPA TEKANAN dengan menawarkan harga tiket berpatutan kepada peminat yang berumur bawah 18 tahun.

Kumpulan iKON dan WINNER masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri. iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf “C” dalam “ICON” digantikan dengan “K” bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea.

https://www.instagram.com/p/Bnc27rcnO53/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1ng5t1p8bm2gc

Sementara itu, kumpulan WINNER pula dianggotai oleh empat orang pemuda, iaitu Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

https://www.instagram.com/p/Bnc3Gabn9pa/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=mrzfy9a73pmb

Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.

loading...