Rancangan Real Men 300 kembali dengan aksi yang lebih mencabar dan penuh keberanian!

Rancangan realiti MBC ‘Real Men’ kembali untuk musim yang ketiga atau kini dikenali sebagai “Real Men 300”. Rancangan ini akan menampilkan beberapa selebriti yang akan menjalani kehidupan sebagai seorang tentera. Jadi, mereka akan mengikuti latihan serta tertakluk dengan displin serta peraturan tentera. Mereka yang dipilih masuk adalah berdasarkan keputusan ujian kesihatan dan kekuatan fizikal masing-masing. Boleh dikatakan, mereka cukup layak dan kental untuk menghadapi sebarang situasi yang mencabar minda dan fizikal dalam aktiviti ketenteraan.

Antara fokus lain rancangan ini adalah untuk   mempamerkan imej hebat tentera Korea dalam generasi baru ini, mereka bekerjasama dengan ibu pejabat tentera. Kali ini “Real Men 300” akan bekerjasama dengan ibu pejabat tentera untuk memilih 300 pelatih terbaik dengan harapan mereka dapat membina  pasukan tentera yang kuat.

Sebelum ini, pihak tentera telah merancang untuk memilih tentera yang cemerlang dari pelbagai sektor untuk 300 pahlawan, tetapi peserta “Real Men 300” sendiri akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan dari pasukan khas, Akademi Angkatan Tentera Korea di Yeongcheon, dan unit-unit umum lain. Mereka juga akan dinilai sama seperti tentera yang lain untuk mengenalpasti sama ada mereka betul-betul mencapai piawaian yang ditetapkan untuk menjadi salah seorang dari 300 pahlawan. Untuk pengetahuan, akademi Angkatan Tentera Korea di Yeongcheon (Korea Army Academy in Yeongcheon atau KAAY) adalah salah satu pusat latihan terbaik untuk pasukan khas tentera Korea Selatan.

10 orang selebriti pertama yang berjaya menyertai rancangan “Real Men 300” ini adalah pelakon Kang Jin Hwan, Oh Yoon Ah, Lee Yu Bi, Kim Jae Hwa, bintang Olympic  Ahn Hyun Soo, pelakon muzikal Kim Ho Young, Matthew Douma (ayah kepada Jeon So Mi), Hongseok Pentagon, Lisa Black Pink, and Shinji Koyote. Mereka semua akan menjalani kehidupan serta aktiviti tentera yang sebenar dan telahpun memulakan penggambaran serta latihan mereka pada 29 Julai lepas.

Manakala Lucas NCT, Kim Jae Woo, Park Jae Min, Shownu MONSTA X, Ravi VIXX, Choi Yoon Young, Narsha, Kim Hee Jung, Johyun Berry Good, dan Eunseo WJSN pula adalah peserta sesi kedua “Real Men 300” yang baru memasuki pusat latihan rekrut White Skull pada 3 September baru-baru ini.

Dengan tagline ‘Only the strong survive’, “Real Men 300” akan mula ditayangkan pada 21 September ini menerusi stesyen MBC pada setiap hari Jumaat jam 9.50 malam KST.

Sumber : enews.imbc | sports.chosun

loading...