Jung Kyung Ho berebutkan Yoo In Na dari tangan chaebol di dalam tvN It Feels Sincere ?

Pewwitttt. Begitu manis sekali apabila melihat Yoo In Na menjadi rebutan dua orang lelaki yang tampan dan segak bergaya; seorang peguam professional ternama yang akan disaingi oleh chaebol generasi ke-3. Pasti drama ini jadi seromantis yang korang boleh bayangkan seperti di dalam tvN What’s Wrong With Secretary Kim.

Drama terbaru terbitan tvN ini berjudul ‘It Feels Sincere’ merupakan adaptasi daripada novel nukilan Jager, berkisarkan tentang seorang aktres terkenal yang sedang menjalani hubungan teman tapi mesra dengan seorang peguam sebelum mula dibenci peminatnya apabila terbabit dalam skandal dengan seorang chaebol. Jung Kyung Ho dijangka akan memegang watak peguam tersebut yang akan menjaga rahsia dan kredibiliti Yoo In Na sewaktu karier seninya di ambang kemusnahan gara-gara skandal yang berlaku.

Ini bakal menjadi drama ketiga Jung Kyung Ho untuk tahun 2018 selepas OCN Life on The Mars dan tvN Prison Playbook, kedua-duanya meraih ratings tertinggi saban minggu sekaligus menyebabkan nama Jung Kyung Ho tersenarai dalam Kmania Top 10 Stars lepas.  Belum ada pelakon yang ditawarkan untuk memegang watak chaebol berkenaan, manakala kedua-dua Yoo In Na dan Jung Kyung Ho juga masih menimbang tawaran lakonan tersebut secara positif.

tvN It Feels Sincere akan menggunakan sutradara Park Joon Hwa, yang dikenali dengan gaya arahan yang penuh mantap dan romantis seperti ditunjukkannya menerusi tvN What’s Wrong With Secretary Kim sebelum ini dan juga, tvN Because This Is My First Life, di mana beliau meraih pencalonan Best Director 6th Cari Kdrama Awards. Drama ini dijangka disiarkan pada awal tahun 2019 selepas tvN Boyfriend gandingan Song Hye Kyo dan Park Bo Gum selesai ditayangkan.

Sumber: ytn news , donga

 

loading...