Memandu di bawah pengaruh alkohol, suami pelakon Park Hae Mi sebabkan 2 kematian

Pelakon Park Hae Mi dan suaminya Hwang Min kini dibelenggu kesedihan dan rasa bersalah setelah sebuah kemalangan berlaku sehingga menyebabkan dua kematian dan mencederakan tiga lagi mangsa. Kemalangan ini berlaku ekoran Hwang Min yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pada 28 Ogos, Hwang Min menerima rawatan di sebuah hospital berikutan kemalangan kereta. Menurut laporan eksklusif E Daily, Hwang Min dikatakan memandu secara berbahaya ekoran berada di bawah pengaruh alkohol.  Hwang Min memberitahu E Daily, “Saya rasa sangat bersalah, seperti mahu mati,” dan berkata, “Mereka adalah rakan sekerja dan ibarat ahli keluarga yang saya sayangi, saya tidak fikir saya akan dimaafkan sampai bila-bila. “

Park Hae Mi juga menyatakan kesedihan yang amat mendalam dan menyatakan, “Hati saya remuk kerana kehilangan pelajar yang saya sayangi.”

Beliau menambah, “Kedua-dua pelakon yang meninggal dunia itu adalah pelajar saya, saya tidak tahu bagaimana saya akan meneruskan hidup sekarang, saya rasa takut dan maaf hati saya begitu terluka,” dan berkata, ” Saya akan berikan kerjasama yang terbaik dalam siasatan polis, pengebumian mangsa dan isu pampasan. “

Sehari sebelumnya,  pada 27 Ogos jam 11.15 malam KST,  Hwang Min terbabas dan melanggar sebuah trak 25tan yang diletakkan di tepi jalan. Mangsa ‘B’ (20) dan ‘C’ (33), yang berada di dalam kereta, meninggal dunia dalam kemalangan itu, dan 3 yang lain, termasuk Hwang Min serta pemandu trak, mengalami kecederaan.

Menurut polis, kandungan alkohol dalam darah Hwang Min pada masa kemalangan itu adalah 0.104 peratus, yang mana ia cukup tinggi untuk membatalkan lesen seseorang.

Park Hae Mi berkahwin dengan pengarah muzik Hwang Min pada tahun 1995. Nantikan perkembangan lanjut berikutan kes ini.

Sumber : Naver | Naver

loading...