Berdepan dengan masalah kesihatan, Kim Jung Hyun tinggalkan produksi drama “Time”

Drama MBC “Time” ini semakin mendapat perhatian penonton. Namun apakan daya, Kim Jung Hyun yang membawakan watak Cheon Su Ho terpaksa menarik diri dari drama “Time” ekoran masalah kesihatan.

Pada 26 Ogos, agensinya, O & Entertainment memberitahu, “Pelakon Kim Jung Hyun terpaksa meninggalkan produksi drama “Time” kerana masalah kesihatan dan ianya sesuatu yang tidak dapat dielak. Sehingga kini, Kim Hyun Jung masih lagi gigih menjalani penggambaran dan dalam masa yang sama beliau turut menerima rawatan kerana beliau tidak mahu menimbulkan sebarang masalah kepada perjalanan drama tersebut. Pihak produksi juga telah menyelaraskan penggambaran yang bersesuaian dan melakukan yang terbaik agar pelakon tersebut dapat menghabiskan penggambaran seperti yang telah dijadualkan.”

Agensi itu menyambung, “Bagaimanapun, setelah didiagnosis oleh doktor baru-baru ini, Kim Jung Hyun memerlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu, pemergiannya telah dimuktamadkan setelah berbincang dengan team produksi.”

“Kim Jung Hyun berasa sangat kecewa kerana secara tidak sengaja menimbulkan kesulitan kepada penonton yang mengikuti drama “Time”, rakan pelakon dan juga pihak produksi. Beliau akan fokus kepada rawatan serta proses pemulihan dan berjanji akan memberikan yang lebih baik pada masa hadapan, “ujar agensi tersebut lagi.

Mengenai tahap kesihatan pelkon tersebut, O & Entertainment berkongsi maklumat menerusi panggilan telefon dengan saluran berita, “Beliau baru saja mengalami gangguan makan dan tidur.”

Pihak produksi juga turut mengulas, “Kim Jung Hyun telah melakukan yang terbaik semasa penggambarannya. Kami banyak berbincang mengenai drama ini dan beliau dapat menghayati serta membawakan wataknya dengan baik sekali.  Kami berharap beliau akan segera pulih dan berharap agar pertemuan yang akan datang beliau akan semakin membaik. “

Skrip drama ini akan diedit daripada membawakan pelakon pengganti.  Untuk mengelakkan spoiler, drama itu tidak akan mendedahkan bila watak Cheon Su Ho akan berakhir.

Sumber : Naver | Naver 2 | Naver 3

loading...