Satu berita yang mengejutkan apabila Bang Yong Guk buat keputusan meninggalkan kumpulan B.A.P dan agensi TS Entertainment.
Pada 23 Ogos yang lalu, TS Entertainment mengumumkan kontrak eksklusif Bang Yong Guk bersama mereka telah berakhir pada 19 Ogos, dan B.A.P akan terus kekal dengan 5 orang ahli tanpa Bang Yong Guk. Agensi itu menyatakan, “Bang Yong Guk selaku ketua kumpulan B.A.P, yang telah bersama TS Entertainment sejak 12 Ogos 2011, da memilih untuk mengakhiri kontrak eksklusifnya pada 19 Ogos 2018.”
TS Entertainment memberitahu Bang Yong Guk dan ahli kumpulan B.A.P telahpun berbincang mengenai perkara ini dan mereka akhirnya mengambil keputusan menghormati keputusan yang telah dibuat. Kini B.A.P dianggotai oleh Himchan, Daehyun, Youngjae, Jongup, dan Zelo yang meneruskan perjuangan mereka.
Dalam pada itu, Bang Yong Guk juga sempat memuatnaik sekeping surat tulisan tangan kepada para peminat berhubung keputusannya meninggalkan B.A.P
Suratnya berbunyi;
Surat ini ditulis pada waktu subuh dengan permandangan bulan yang indah,
Pertama sekali, saya ingin menundukkan kepala dan meminta maaf kepada BABYz (kelab peminat B.A.P) yang sentiasa menyokong dan menyayangi B.A.P kerana membawakan berita yang mendukacitakan ini.
Saya telah memegang harapan anda semua dan menggalasnya dengan penuh tanggungjawab.
Ketahuilah, semuanya begitu bermakna dan berharga kepada sayaSukar untuk saya lafazkan dengan kata-kata betapa berharganya kumpulan B.A.P dan BABYz sejak saya mula debut. Apabila mengingat kembali suatu masa dahulu, saya terasa begitu kerdil, tidak sempurna tetapi peminat dan ahli kumpulan yang lain telah membantu saya menjadi matang dan berdiri sebagai artis pada saat ini.
Saya sangat bersyukur dan terhutang budi kepada anda dan saya tidak akan sesekali melupakannya
Saya sangat berterima kasih kerana anda sentiasa menyayangi, menyokong dan berikan galakan kepada saya yang mana kadang-kala saya rasa saya tidak layak untuk menerimanya.Teruskan bersama B.A.P dan menyokong mereka. Tidak kira bila dan di mana pun, saya akan terus melangkah ke depan dan menghasilkan muzik sebagai ketua kumpulan B.A.P. Bang Yong Guk. Saya mengharapkan sokongan anda terhadap saya.
Saya sentiasa menyayangi anda!
Apapun kami harap yang terbaik buat Bang Yong Guk dan B.A.P di masa hadapan. Ia pasti luarbiasa apabila B.A.P tanpa kehadiran Bang Yong Guk.
Sumber : Naver