Angkara aplikasi ala wechat, Ahn Hyo Seop sukar luahkan perasaan cinta kepada Kim So Hyun?

Produksi tvN kembali dengan drama baru berjudul ‘Love Alarm’ cetusan pengarah wanita, Lee Na Jung yang terkenal dengan arahan seperti KBS Fight My Way dan KBS Oh My Venus sebelum ini. Love Alarm berkisarkan cinta tiga segi antara seorang gadis yang kuat bekerja dengan dua orang lelaki dinamakan sebagai A yang tampak panas baran tapi romantis, serta B, yakni kawan baik lelaki yang sangat sempurna dan kacak penampilannya.

Namun, yang menjadikannya drama ini agak menarik ialah apabila kehadiran aplikasi ala wechat menjadi penentu kepada hubungan tiga segi. Hal ini kerana, salah seorang daripada mereka yang berada pada jarak tertentu seperti diukur oleh aplikasi itu, telah menaruh perasaan cinta terhadapnya menyebabkan dia ingin tahu dan berkenalan menerusi aplikasi tersebut. Agak pelik bukan? Tapi, itulah draf sinopsis dibincangkan setakat ini. Tawaran lakonan masih dipertimbangkan kedua-dua pelakon ini.

tvN Love Alarm akan menjadi drama pertama Kim So Hyun selepas KBS Radio Romance bersama Yoon Doo Joon yang baru ditayangkan Januari lepas. Ia juga merupakan drama pertama Ahn Hyo Seop sebagai pelakon utama setelah beberapa kali menjadi pelakon pembantu di dalam beberapa drama seperti KBS One More Happy Ending, SBS Entertainer, KBS Father is Strange dan sekarang dalam tayangan, SBS Thirty but Seventeen sebagai Yoo Chan yang comel. Drama ini dijangka dijadualkan pada slot tahun hadapan.

Sumber: OSEN , Sport Chosun

loading...