Teraju utama drama tvN “Mother” – Lee Bo Young kini hamil anak ke-2

Pelakon Lee Bo Young sedang hamil anak yang kedua!

Pada 15 Ogos, seorang sumber dari agensi Lee Bo Young menyatakan, “Lee Bo Young kini hamil anak kedua. Disebabkan beliau masih diperingkat awal kehamilannya, kami tidak tidak mengetahui usia kandungannya. Oleh kerana beliau masih belum memilih sebarang projek yang akan datang, kini beliau akan fokus kepada penjagaan kandungannya. “

Lee Bo Young dan Ji Sung berkahwin pada tahun 2013 selepas enam tahun menjalin hubungan cinta dan mereka telah dikurniakan anak sukung mereka pada 2015. Awal Mac tahun ini, Lee Bo Young telah membintangi drama terbaik di 54th Baeksang Art Award – tvN “Mother”, manakala drama terbaru Ji Sung “Familiar Wife” kini sedang ditayangkan juga menerusi tvN.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini.

Sumber : Naver

loading...