Agak mantap pemilihan pelakon untuk drama beraja moden terbaru keluaran SBS, “Empress’s Dignity” dilakukan oleh PD SBS Return, Joo Dong Min.
SBS Empress’s Dignity bermula denan pemerintahan beraja yang secara teorinya masih wujud pada tahun 2018. Ia berkisarkan tentang Min Hyo Ra, yakni seorang pelakon muzikal yang dipaksa berkahwin dengan raja. Sebagai salah seorang ahli kerabat diraja, Min Hyo Ra berazam untuk mencari kebahagian di samping cuba menyesuaikan dirinya dengan protokol istana. Namun keinginannya tak tercapai apabila dituduh terlibat dalam konspirasi pembunuhan nenda kepada suaminya.
Choi Jin Hyuk akan memegang watak sebagai Na Wang Sik. Na Wang Sik ialah seorang yang sangat misteri dan sentiasa menjadi perhatian konflik. Shin Sung Rok pula akan menjadi raja tersebut yang bernama Lee Hyuk manakala Jang Nara pula ditawarkan watak Min Hyo Ra.
Walaubagaimanapun, hanya Shin Sung Rok saja telah disahkan akan mengganggotai senarai pelakon tersebut semalam manakala Choi Jin Hyuk masih berkira-kira untuk menerima tawaran berkenaan. Lebih mengejutkan lagi, Jang Nara dikatakan menafikan pernah ditawarkan walaupun produser drama berkenaan dikatakan telah menyampaikan tawaran tersebut kepadanya. Choi Jin Hyuk dan Jang Na Ra pernah bergandingan sama di dalam MBC Fated To Love You sebelum ini.
SBS Empress’s Dignity merupakan gubahan penulis skrip MBC Come! Jang Bo Ri dan SBS Temptation of Wife, yakni Kim Sun Ok. Drama ini dijangka ditayangkan di dalam cenel SBS pada penghujung tahun ini.
Sumber: sport khan , hankookilbo , xsportnews