[Info] Bighit akhirnya dedahkan muka adik-adik BTS, ‘Trainee A’ yang dijangka ‘debut’ pada tahun 2022

6 orang ahli Trainee A tanpa kehadiran ahli terbaru, Yochi.

Tampaknya penantian untuk menyaksikan kumpulan kpop baru ‘debut’ sekali lagi di bawah Bighit mungkin bakal tercapai pada tahun 2022.

Pelatih-pelatih baru BigHit yang sinonim dikenali sebagai ‘Trainee A’ telah terlebih dahulu membuat penampilan mereka perlahan-lahan di Youtube dan beberapa media sosial lain. Walaupun belum diberikan nama kumpulan lagi, mereka dijangka membentuk keanggotaan sebanyak 7 orang kesemuanya.

Kumpulan kpop baru ini akan menyusuli TXT dan BTS, bakal menjadi kumpulan kpop ketiga di bawah jagaan Bighit serta ketujuh di bawah jagaan Hybe secara keseluruhannya selepas ENHYPEN, SEVENTEEN, Nuest, dan Fromis 9.

Berikut serba-sedikit maklumat keahlian kumpulan kpop baru ini:

1. Leo

Leo

Pelatih kacak yang lahir pada 22 Ogos 2002 ini berusia 19 tahun dan dikatakan berbangsa Korea yang berasal dari Australia. Leo mula datang ke Korea pada usia 17 tahun dan direkruit oleh BigHit setelah menyaksikan potensinya sebagai penyanyi dan penggubah lagu. Lagu yang digubahnya, termasuklah ‘Move On’ kerana meraikan pemergian bekas pelatih merangkap kawan baiknya.  Leo turut membuat kemunculan istimewa di dalam MV Permission To Dance dendangan BTS.

Tidak lama dulu, Leo pernah menggemparkan industri seni Korea dengan gubahan lirik lagu berunsurkan misogini, yakni kebencian kepada perempuan di dalam Leo’s SHOWDOWN. Namun, menyedari kepentingan reputasi baik Leo di masa akan datang, team produksi ‘Trainee A’ yang mewakili Leo kemudiannya membuat permohonan maaf lalu segera memadamkan kandungan video tersebut.

Dibandingkan dengan BTS, karakter Leo mirip dengan Suga BTS.

2. Sangwon

Sangwon

Sangwon, atau nama sebenarnya Lee Sangwon telah lahir pada 8 Mei 2003 dan kini berusia 18 tahun. Berasal dari Seoul, Korea, Sangwon merupakan graduan Hanlim Multi Art School. Dia mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris dan boleh mencipta koreografi tersendiri.

Berbanding rakan-rakan Trainee A lain yang belum diketahui lebih lanjut mengenai diri mereka, Sangwon mempunyai hobi sukakan keadaan bersalju, gemar memakan kentang goreng, suka mengambil foto-foto berbunga serta meminati fesyen sebagai sampingan. Sangwon juga pernah mengikuti Jay dan Heeseung ENHYPEN bercuti ke Brunei pada tahun 2019.

Kendatipun paras rupa Sangwon boleh dikatakan agak mirip dengan Jungkook BTS, tapi karakternya sedikit mirip kepada Kim Taehyung (V) BTS.

3. James

James

Pemuda kacak yang lahir pada 14 Oktober 2005 ini berasal dari Hongkong dan dikatakan berbangsa campuran Cina dan Siam. Kini berusia 16 tahun, James sangat suka sangat menari dan selalu mencabarkan dirinya di Tiktok.

James mempunyai kelebihan hebat dalam pelbagai aspek sukan termasuklah pandai bermain hoki ais dan juga bertaekwondo. Malah, James pernah mengikuti latihan hoki ais di Hong Kong Typhoons & Selects pada suatu ketika dulu menunjukkan komitmennya sebagai ahli sukan.

Dari sudut karakternya, James mungkin mengingatkan peminat BTS pada Jeon Jungkook BTS.

4. Jihoon

Jihoon

Jihoon atau nama sebenarnya Han Jihoon telah lahir pada tahun 2006 dan kini berusia 16 tahun. Paling muda di antara kesemua ahli Trainee setakat ini (Maknae), Jihoon pernah mendapat tempat kedua di dalam Pertandingan ‘Cover’ Tarian WINNER’s “REALLY REALLY” sebelum ini.

Jihoon yang pandai bermain gitar ini, meminati musim sejuk berbanding musim panas, suka tidur berbanding keluar berjalan-jalan, malahan tidak berapa suka menggunakan pengangkutan apabila berjalan-jalan. Selain itu, Jihoon juga meminati cerita romantik berbanding cerita seram.

Karakter Jihoon daripada sudut tertentu mungkin mengingatkan pada Jimin BTS.

5. JJ

JJ

Lelaki tampan berasal dari Hyoho, Jepun ini telah lahir pada 27 Jan 2006 serta merupakan anak bangsa campuran Jepun dan Amerika Syarikat. Dikenali sangat pandai menari hinggakan meminati sukan ekstrem, ‘Breakdance’, JJ pernah cuba menyertai berbagai-bagai pertandingan tarian di seluruh dunia dengan kumpulan tarian Amezari Red Star.

Dari sudut karakternya, JJ mungkin mengingatkan peminat BTS pada JHope BTS.

6. Jo Woochan

Woochan

Berbangsa Korea sepenuhnya dan berasal dari Seoul, Woochan telah dilahirkan pada 20 Jan 2005 dan kini berusia 17 tahun. Woochan bukan saja bekas peserta Show Me the Money pada tahun 2017, malah dia pernah menjadi pelatih di bawah jagaan Cube Ent suatu ketika dulu sebelum memilih untuk bersama Bighit akhirnya.

Tidak banyak diketahui tentang Woochan, namun lelaki kacak yang suka memakai spek mata dan mempunyai lesung pipit ini pernah ‘debut’ sebagai artis solo pada Julai 2019 dengan lagu rap ‘Reality Check’.

Jika dibandingkan dengan BTS, aura Woochan dikatakan lebih mirip kepada Namjoon BTS.

7. Yorch

Yorch

Nama sebenar ahli yang terbaru diperkenalkan oleh Bighit ini ialah Yorch Yongsin Wongpanitnont, merupakan bangsa Siam sepenuhnya dan dilahirkan di Phayao, Thailand pada 11 April 2002. Yorch yang berusia 19 tahun ini diketahui suka menari dan bermain bola sepak. Malah, dia juga pernah membabitkan diri sebagai pelakon lakorn dan model sambilan di tanah airnya.

Dengan aura ketampanan dimilikinya, Yorch mungkin mengingatkan peminat BTS kepada Kim Seok Jin BTS pada awal kemunculan beliau di dalam industri seni.

Sumber: kprofiles, Youtube

loading...