Eunkwang ahli pertama BTOB yang akan ‘enlist’

Tiada angin, tiada ribut, Eunkwang, vokalis serta ketua kumpulan BTOB dilaporkan akan mendaftar masuk jalani khid tentera bulan ini.

Pada 6 Ogos, sumber dari Cube Entertainment menyatakan, “Eunkwang akan mendaftar pada 21 Ogos sebagai askar tugas aktif. Atas permintaan Eunkwang yang ingin mendaftar secara senyap-senyap, kami memutuskan untuk tidak mengumumkan lokasi dan masa pendaftarannya. “

Melalui agensinya, Eunkwang mendedahkan, “Saya memohon maaf kepada para peminat yang merasa terkejut dengan berita pendaftaran saya. Saya banyak berjanji dengan peminat saya, jadi saya merasa rendah diri kerana merahsiakan perkara ini.  Selepas tamat menjalankan kewajipan saya terhadap negara, saya akan kembali dengan keadaan yang baik dan akan merealisasikan janji-janji saya. “

Eunkwang, yang dilahirkan pada tahun 1990, adalah anggota pertama BTOB yang akan mendaftarkan diri dalam tentera.

Beliau kini sedang mengambil bahagian dalam muzikal “Barnum: The Greatest Showman”. Sumber dari produksi muzikal yang dinyatakan pada 6 Ogos,” Kami sedang dalam proses memikirkan jadual kemunculan Seo Eunkwang. Beliau akan menyertai [persembahan muzikal] sehingga beliau mendaftar dan akan muncul dalam press conference seperti yang dirancang. “

Kami ucapkan selamat menjalankan perkhidmatan dengan selamat dan bersemangat!

Sumber : Naver 1 | Naver 2

loading...