Ahn Jae Hyun & Lee Da Hee setuju bintangi drama ‘The Beauty Inside’

Pelakon Ahn Jae Hyun dan Lee Da Hee akan menyertai Lee Min Ki dan Seo Hyun Jin untuk membintangi drama terbaru JTBC  “The Beauty Inside.”

Selepas pengesahan barisan pelakon yang akan membintangi drama ini, team produksi telah bersedia untuk memulakan penggambaran.

“The Beauty Inside” adalah drama berdasarkan filem komedi romantis tahun 2015 yang popular dengan tajuk yang sama. Drama ini akan menceritakan kisah cinta Han Se Gye (Seo Hyun Jin), seorang pelakon A-list yang mesti menghabiskan seminggu setiap bulan untuk tinggal di dalam tubuh orang lain, dan Seo Do Jae (Lee Min Ki), seorang lelaki yang brilliant namun menderita prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain), tetapi hanya boleh mengecam Han Se Gye.

Walaupun filem asal menceritakan seorang lelaki yang bangun setiap hari di dalam badan yang berlainan, namun drama ini menyaksikan sebaliknya di mana pelakon wanita yang akan mengalaminya disebabkan oleh kuasa luar biasa.

Seo Hyun Jin akan membawakan watak Han Se Gye, pelakon diva yang sentiasa dikelilingi khabar angin, terkenal dengan  gaya lakonan “100 faces” dan 100 jenis lakonan. Beliau adalah top star yang diberi nama jolokan “100-Faced Beauty.”  Beliau menderita dek kuasa magis yang boleh membuatkan menjadi orang yang berbeza. Namun, setelah terlibat dengan hubungan komplikasi dengan Seo Do JAe,  jenis “sihir” unik yang membuatnya menjadi orang yang berbeza, tetapi dengan memasuki hubungan rumit dengan Seo Do Jae, mereka membuka sebuah pintu rahsia.

Lee Min Ki pula akan melakonkan watak  Seo Do Jae, pengarah sebuah syarikat penerbangan. Walaupun  mempunyai penampilan yang hebat dan sangat pintar, beliau mengalami prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain). Untuk mengelakkan diri daripada menggoris perasaan orang lain, beliau pergi lebih jauh untuk mengingati tabiat kecil dan corak berjalan mereka. Beliau adalah watak yang mengekalkan kesempurnaan menerusi usaha yang begitu terperinci ini. Selepas bertemu Han Se Gye, hidup Do Jae berubah.

Lee Da Hee akan menjadi Kang Sa Ra, seorang wanita dengan yang mempunyai kehidupan yang sempurna. Beliau dan Seo Do Jae adalah adik-beradik dari perkahwinan kedua ibu bapa mereka, dan Kang Sa Ra juga seorang wanita dengan penampilan cantik dan mempunyai kehebatan yang mengagumkan. Sa Ra, yang bercita-cita mendahului Do Jae, mengetahui rahsia Han Se Gye, dan akhirnya telah bertemu rakan Se Gye, Ryu Eun Ho (dimainkan oleh Ahn Jae Hyun).

Ahn Jae Hyun akan kembali ke skrin kecil selepas setahun sebagai Ryu Eun Ho. Seorang paderi yang prospektif, kehadirannya sentiasa menyenangkan orang-orang disekeliling dan beliau juga sering memberikan aura yang bertengaa. Ryu Eun Ho juga bertindak melindungi rahsia Han Se Gye sebagai teman rapatnya. Selepas bertemu Sa Ra, yang cuba mengorek rahsia Se Gye dan meletakkannya dalam masalah serta membuatkan beliau menjadi tidak tenteram.

Drama “The Beauty Inside” akan mengisi slot drama Isnin-Selasa selepas tamat drama “Life” kelak.

Sumber : Naver

loading...