Andy dan Lee Min Woo Pula Kunjungi Eric di 3 Meals A Day

 

Tiga jejaka dari kumpulan Shinhwa akan berkumpul dalam rancangan variety hit tvN iaitu “Three Meals A Day”.

Pada 20 September melalui sumber dari TVN menyatakan bahawa Andy dan Lee Min Woo telah selesai merakam episode untuk “Three Meals A Day – Seaside Ranch Special”.

Andy dan Lee Min Woo dinyatakan akan mengunjungi rakan Shinhwa mereka iaitu Eric Moon yang merupakan ahli tetap rancangan tersebut. Sudah pasti momen ini ditunggu-tunggu oleh para peminat terutamanya peminat kumpulan Shinhwa. Eric Moon pernah berseloroh ketika menyertai rancangan “Happy Together”, jika suatu masa nanti Andy akan menjadi jemputan rancangan “Three Meals A Day”, saya akan pastikan Andy yang akan memasak.

Musim baru “Three Meals A Day” kali ini telah menampilkan tetamu-tetamu yang hebat seperti  Han Ji Min, Lee Je Hoon, dan Seolhyun AOA.

Episode minggu ini akan memaparkan Lee Jong Suk sebagai tetamu jemputan. Rancangan ini disiarkan setiap hari Jumaat pukul 9.50 pagi disaluran TV Korea. Untuk peminat rancangan ini di Malaysia, anda boleh menonton di Astro TVN HD (Ch 395) pada setiap Sabtu jam 9.00 malam.

sumber : Naver

loading...