“Cintakan bidang lakonan, jadi saya tidak akan berehat terlalu lama,” Park Seo Joon

Park Seo Joon kini kerap menghiasi media setelah drama terbarunya “What’s Wrong With Secretary Kim” baru sahaja berakhir. Drama tersebut juga mendapat tontonan yang tinggi dan sentiasa mendapat perhatian ramai.

Dalam satu temu bual dengan Chosun Ilbo pada 31 Julai lalu, Park Seo Joon bercakap mengenai wataknya yang merupakan seorang narsisis dalam drama tersebut serta pandangannya tentang lakonan.

“[Membawakan karakter Lee Young Joon] sukar kerana ianya sangat berbeza dari kehidupan saya yang sebenar,” kata Park Seo Joon. ” Lee Young Joon adalah seseorang yang sentiasa menggunakan tagline ‘Anda yang terbaik’ kepada dirinya sendiri di depan cermin. Saya berusaha keras untuk menggambarkan watak yang penuh dengan dirinya sendiri, tetapi tidak disukai ramai. “

Sejak debut pada 2012 menerusi drama “Dream High 2”, Park Seo Joon telah berjaya mencipta pelbagai kejayaan dengan drama bertemakan komedi romantis termasuk “A Witch’s Romance,” “She Was Pretty,” dan “Fight My Way.” Apabila ditanya apakah dia mahu melakukan genre yang berbeza, pelakon itu berkata, ‘lakonan spektrum ‘seorang pelakon yang berasal dari projek seumpama itu hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Tiada siapa yang tahu Park Seo Joon adalah seorang pelakon yang bagaimana. Saya sentiasa merasakan, walaupun membawakan peranan yang sama, apakah perbezaan pelakon itu boleh membawakan watak dan betapa berkesan seseorang itu menjiwainya “

Park Seo Joon tidak mengambil banyak masa untuk berehat sejak memulakan kariernya, tetapi ia bukanlah kerana tiada peluang tetapi disebabkan kecintaannya pada bidang lakonan. Beliau berkata, “Walaupun saya mengambil masa rehat dua minggu sahaja, saya akan terfikir secara tiba-tiba, ‘apa yang saya buat’ dan ia membuatkan saya kembali ke dunia nyata. Saya merasa nikmat hidup apabila minda saya berkerja mengenai apa yang saya perlu lakukan untuk sesuatu watak atau karya itu. “

Sesuai dengan cara kerjanya, Park Seo Joon akan kembali beraksi Ogos ini dengan sebuah filem baru arahan Kim Joo Hwan, pengarah yang sama bekerjasama dengannya dalam filem “Midnight Runners.”

Ditanya kenapa beliau begitu popular, Park Seo Joon berkata beliau sendiri tidak pasti, tetapi beliau sangat bersyukur dan berterima kasih. “Saya bersyukur, dan saya juga berasa ianya satu tanggungjawab besar yang perlu saya tanggung. Saat ini, terdapat pelbagai kontroversi walaupun mengenai personaliti seseorang, Saya tidak sesempurna  Young Joon, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk menjadi lebih matang. Saya akan menjadi seorang pelakon yang membawakan kebahagiaan kepada orang lain.

Sumber : Naver

loading...