Joo Sang Wook dan Cha Ye Run menyambut kelahiran bayi pertama mereka

Tahniah buat pelakon Joo Sang Wook dan Cha Ye Run di atas kelahiran bayi pertama mereka. Bayi perempuan mereka selamat dilahirkan pada 30 Julai.

Seorang sumber dari agensi Joo Sang Wook, Will Entertainment berkata, “Joo Sang Wook dan Cha Ye Ryun selamat menimang seorang bayi  perempuan malam ini (30 Julai). Kedua ibu dan bayi sihat.

https://www.instagram.com/p/Bl2y2RslHNi/?taken-by=uks0718_

IG : https://www.instagram.com/p/Bl2y2RslHNi/?taken-by=uks0718_

Joo Sang Wook berkongsi berita baik ini menerusi laman Instagramnya, “Puteri cantik kami akhirnya selamat lahir ke dunia. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini. Saya bersyukur dan sangat gembira. Kami akan membesarkannya dengan baik. [Kepada isteri saya], anda telah melakukannya dengan baik, dan saya sayangkan anda. Hati saya tersentuh bila melihatkan pengorbanan anda dan saya kerap menangis. “

Joo Sang Wook dan Cha Ye Ryun pertama kali digandingan sebagai pasangan menerusi MBC  “Glamorous Temptation” (2015). Kedua-duanya mengumumkan perhubungan mereka  pada Mac 2016 dan berkahwin satu tahun kemudian pada Mac 2017.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan yang bahagia ini.

Sumber : Naver

loading...