Lee Seo Won mengaku mengugut teman wanita untuk mengadakan seks

Dalam perbicaraan yang diadakan pada pagi 12 July tadi, Lee Seo Won mengaku bersalah di hadapan hakim  di atas kesalahan mengugut seorang selebriti wanita dengan pisau setelah permintaannya untuk untuk mengadakan seks ditolak oleh gadis tersebut. Ditambah dengan bukti DNA yang cukup kuat, Lee Seo Won tiada pilihan selain untuk mengaku bersalah.

“Lee Seo Won tak ingat apa-apa kerana dalam keadaan mabuk. Dia tak tahu samada dia melakukan atas kerelaaan sendiri atau sengaja paksaan kepada mangsa, ” kata peguambela Lee Seo Won yang memohon budi bicara hakim untuk mengurangkan hukuman dikenakan ke atasnya.

Sebelum perbicaraan bermula, Lee Seo Won sudah pun menunjukkan tanda-tanda untuk membuat pengakuan setelah memberitahu petugas media bahawa dia memohon maaf kerana menyebabkan skandal ini. Ekoran tersebarnya skandal dan siasatan polis terhadapnya, Lee Seo Won digugurkan daripada tetamu undangan program realiti tv Music Bank dan ‘casting’ drama tvn About Time.

Lee Seo Won merupakan seorang pelakon muda yang baru berjinak-jinak dalam industri drama. Antara drama lakonannya termasuklah MBC Hospital Ship yang  mana dia menjadi pesaing kepada watak lakonan Kang Min Yuk untuk merebut cinta Ha Ji Won terhadapnya.

Sumber: yonhap news

loading...