Semakin sihat namun bila Kim Woo Bin akan kembali berlakon masih lagi samar-samar

Pada 16 Julai lalu, Kim Woo Bin telah menyambut hari lahirnya yang ke 30. Sejajar dengan itu, agensinya SidusHQ telah memberikan ucapan yang cukup menyentuh hati kepada pelakon tersebut.

“Semasa menunggu anda untuk kembali di suatu hari kelak seolah-olah tiada apa yang berlaku, kami ingin mengucapkan tahniah sempena ulangtahun anda yang ke-30.” – SidusHQ

Selepas SidusHQ berkongsi mesej ucapan kepada Kim Woo Bin, ramai yang tertanya-tanya bila beliau akan kembali ke industri seni hiburan ini.

SidusHQ berkata, “Walaupun rawatan untuk kanser telahpun selesai, ia akan mengambil masa yang lama untuk beliau pulih sepenuhnya. Sukar untuk kami berkongsi mengenai statusnya sekarang kerana tiada sebarang perancangan yang kukuh untuk beliau kembali.”

Kim Woo Bin telah didiagnosis menghidap kanser hidung pada Mei tahun lepas.Beliau terpaksa menangguhkan segala aktiviti lakonannya untuk fokus menjalani rawatan radioterapi dan kemotrapi.

Setelah menerima dan menjalani kemotrapi buat pertama kali, agensinya memberitahu, “Kesihatannya telah menunjukkan peningkatan dan membolehkan beliau untuk mula bersenam.”

Semoga Kim Woo Bin terus semangat dan kembali sihat sepenuhnya.

Sumber : Naver | chosun

photo credit as appeared

loading...