“Let’s Eat 3, mungkin drama terakhir saya sebelum ‘enlist’,” Yoon Doojoon

“Let’s Eat 3,”akan kembali menemui anda dalam tempoh seminggu ini. Ia merupakan sekuel ke-3 dari siri asal “Let’s Eat”. Satu sidang akhbar telah diadakan pada 10 Julai di mana ianya dihadiri oleh pelakon utama drama ini iaitu  Yoon Doo Joon dan Baek Jin Hee termasuk Lee Joo Woo, Ahn Woo Yeon, dan ramai lagi.

 

 

“Let’s Eat 3” mengisahkan seorang lelaki bernama Goo Dae Young (lakonan Yoon Doojoon), yang berusia 30-an di mana beliau berhadapan dengan era kejatuhan. Setelah bertemu semula dengan Lee Ji Woo (dimainkan oleh Baek Jin Hee), mereka mengimbas kembali tentang  makanan dan kenangan disaat mereka diusia 20-an. Pertemuan Goo Dae Young dan Lee Ji Woo akhirnya membantu mengatasi segala kesukaran yang terjadi.

Menurut Yoon Doojoon, drama ini mungkin akan menjadi drama yang terakhir sebelum beliau memulakan khidmat tentera. Beliau berkata, “Tetapi [walaupun saya akan mendaftar masuk tentera] saya tidak merasa perbezaan yang ketara tentang drama ini. Saya hanya berharap dapat menghabiskan semuanya dengan baik. Saya bersyukur kerana saya mampu bekerja dengan sebuah projek drama yang hebat sebelum saya pergi. “

 

Yoon Doojoon telah menyertai siri ‘Let’s Eat’ sejak musim pertama lagi iaitu pada tahun 2013. Ketika diperkenalkan untuk kali ketiga membawakan watak yang sama, beliau memberitahu, “Ia satu penghormatan untuk menjadi simbol utama drama ini. Ada kalanya saya masih lagi tidak percaya. Musim ketiga ini akan membawa kita kembali ke tahun 2004 dan ianya akan menjadi sekuel yang terbaik. “

Baek Jin Hee, yang merupakan muka baru dalam drama tersebut, berkata, “Saya adalah peminat drama”Let’s Eat”, dan saya sangat gembira untuk menyertai produksi drama hebat ini. Saya telah melakukan yang terbaik. Saya banyak belajar mengenai ‘mukbang’ (makan sambil menerangkan tentang hidangan yang dimakan) dengan menonton musim sebelum ini. Terdapat pelbagai versi ‘mukbang’ dalam drama yang berbeza, jadi saya cuba menampilkan kelainan dalam drama ini. “

“Let’s Eat 3” disiarkan pada 16 Julai ini pada pukul 9.30 malam KST menerusi tvN.

Sumber : xportsnews

photo credit as appeared

loading...